Implikasi hubungan diplomatik terhadap kerajaan Melaka dan Kedah berdasarkan naskhah Melayu tradisional

Hubungan diplomatik yang terjalin antara kedua-dua buah atau lebih kerajaan merupakan hasil persetujuan bersama untuk mencari kata sepakat bagi mengukuhkan pertahanan dalam pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan. Pemerintah kerajaan sama ada kerajaan baharu ditubuhkan mahupun kerajaan yang m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor Muhammad, Salmah Jan
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilisation, Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/74593/1/Implikasi%20hubungan%20diplomatik%20terhadap%20kerajaan%20Melaka%20dan%20Kedah%20berdasarkan%20naskhah%20Melayu%20tradisional.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/74593/
http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=132061
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hubungan diplomatik yang terjalin antara kedua-dua buah atau lebih kerajaan merupakan hasil persetujuan bersama untuk mencari kata sepakat bagi mengukuhkan pertahanan dalam pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan. Pemerintah kerajaan sama ada kerajaan baharu ditubuhkan mahupun kerajaan yang merasakan terancam akan menawarkan hubungan diplomatiknya dengan kerajaan di kawasan persekitaran yang lebih kuat dan mantap pertahanannya. Oleh itu, sekiranya sesebuah kerajaan tidak menjalinkan sebarang hubungan dengan kerajaan lain, kebarangkalian, kerajaan tersebut tidak mencapai kemajuan dan tidak dikenali di sekitarnya. Justeru, dengan adanya hubungan diplomatik, kerajaan-kerajaan tersebut akan memperoleh kebaikan yang banyak daripada pelbagai sudut. Justeru, kajian ini akan memfokuskan implikasi hubungan diplomatik terhadap kerajaan Melaka dan Kedah sebagai kerajaan tertua dan terkenal di Nusantara sebagai perbincangan utama dengan mengambil peristiwa yang terdapat dalam naskhah Melayu tradisional seperti Sulalat al-Salatin, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, dan Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Jangkaan kajian menunjukkan bahawa implikasi hubungan diplomatik tersebut akan dapat dilihat dengan penambahbaikan aspek politik, sosiobudaya, ekonomi dan agama.