Kesan pengantara ketakterlibatan moral dalam hubungan antara individualisme-kolektivisme, penyalahgunaan penyeliaan, tekanan penghasilan dan penyimpangan tingkah laku guru kolej vokasional

Penyimpangan tingkah laku guru merupakan tingkah laku sukarela yang berkaitan dengan penyimpangan interpersonal, pendidikan, masa dan kerjasama yang mengancam norma organisasi dan dengan perbuatan tersebut mengancam suasana harmoni guru atau kolej vokasional (KV) atau kedua-duanya. Mengaplikasik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abu Bakar, Mohamed Shahrizan
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/71523/1/FPP%202016%2043%20-%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/71523/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.71523
record_format eprints
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language Malay
topic College teachers - Professional ethics
Deviant behavior
spellingShingle College teachers - Professional ethics
Deviant behavior
Abu Bakar, Mohamed Shahrizan
Kesan pengantara ketakterlibatan moral dalam hubungan antara individualisme-kolektivisme, penyalahgunaan penyeliaan, tekanan penghasilan dan penyimpangan tingkah laku guru kolej vokasional
description Penyimpangan tingkah laku guru merupakan tingkah laku sukarela yang berkaitan dengan penyimpangan interpersonal, pendidikan, masa dan kerjasama yang mengancam norma organisasi dan dengan perbuatan tersebut mengancam suasana harmoni guru atau kolej vokasional (KV) atau kedua-duanya. Mengaplikasikan Teori Kognitif Sosial serta disokong oleh Teori Ketakterlibatan Moral dan Teori Pertukaran Sosial, kajian ini bertujuan menentukan kesan ketakterlibatan moral sebagai pengantara hubungan antara individualisme-kolektivisme, penyalahgunaan penyeliaan, tekanan penghasilan dan penyimpangan tingkah laku dalam kalangan guru KV di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, kaedah tinjauan dan teknik keratan lintang. Populasi kajian terdiri dari 7,087 guru yang berkhidmat di 80 buah KV. Sampel kajian terdiri dari 390 guru KV yang berkhidmat di 14 buah negeri seluruh negara. Pemilihan sampel kajian adalah menggunakan teknik persampelan berkelompok mengikut negeri dan satu KV dipilih bagi setiap negeri menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS dan SEM AMOS bagi menguji hipotesis bagi menentukan tahap, hubungan, kesan pengantara dan menguji hipotesis kajian. Kesan pengantara ketakterlibatan moral diuji menggunakan kaedah bootstrapping. Hasil analisis turut memperihalkan majoriti responden mempunyai tahap yang rendah bagi penyimpangan tingkah laku guru (96.0%) pada skor min 1.4339 (SP = .7197), ketakterlibatan moral (73.1%) pada skor min 2.2931 (SP = .9134) dan penyalahgunaan penyeliaan (77.2%) pada skor min 2.0687 (SP = .5465). Walau bagaimanapun, dapatan sebaliknya diperolehi dari individualisme (84.6%) pada skor min 6.2096 (SP= 1.2905), kolektivisme (97.9%) pada skor min 7.7640 (SP = 1.0781) dan tekanan penghasilan (52.6%) pada skor min 4.3641 (SP = .9832) mempunyai tahap yang tinggi. Keputusan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara individualisme (β = .094, p = .045), kolektivisme (β = - .103, p = .041), penyalahgunaan penyeliaan (β = .221 , p = .0001) dan penyimpangan tingkah laku guru. Namun begitu, hanya penyalahgunaan penyeliaan yang mempunyai hubungan signifikan dengan ketakterlibatan moral (β = .505, p = .0001). Sebaliknya, tekanan penghasilan tidak mempunyai apa-apa hubungan yang signifikan dengan ketakterlibatan moral dan penyimpangan tingkah laku guru. Tambahan lagi, dalam hubungan ketakterlibatan moral dan penyimpangan tingkah laku guru, terdapat hubungan yang signifikan dengan β = .520, p = .0001. Model pengukuran dan model struktural yang diuji menepati dan mencapai indeks kesesuaian dan secara langsung mengesahkan bahawa model SEM adalah sesuai dengan data kajian yang digunakan. Keputusan analisis model pengukuran dan model struktural memenuhi kesesuaian yang baik: χ2 (309) = 761.994, χ/df = 2.466, CFI = .926, IFI = .926, TLI = .915 dan RMSEA = .061. CFI, IFI, TLI melepasi tahap penerimaan yang diperlukan iaitu > .90. Selanjutnya, model struktural menunjukkan 48% varians penyimpangan tingkah laku guru diterangkan oleh pemboleh ubah bebas kajian ini iaitu individualisme-kolektivisme, penyalahgunaan penyeliaan, tekanan penghasilan dan ketakterlibatan moral. Selanjutnya, keputusan analisis menunjukkan ketakterlibatan moral memberi kesan pengantara yang signifikan terhadap hubungan kolektivisme dan penyimpangan tingkah laku guru [kesan tidak langsung = -.0475, nilai sifar di luar 95% CI dan k2 = .0836 (kecil)]. Keputusan yang sama turut diperolehi terhadap hubungan penyalahgunaan penyeliaan dan penyimpangan tingkah laku guru di mana [kesan tidak langsung = .2001, nilai sifar di luar 95% CI dan k2 = .2186 (sederhana)]. Walau bagaimanapun, ketakterlibatan moral bukanlah kesan pengantara terhadap hubungan individualisme dan tekanan penghasilan terhadap penyimpangan tingkah laku guru. Implikasi teoretikal dan praktikal serta beberapa cadangan kajian masa hadapan turut dibincangkan dalam kajian ini.
format Thesis
author Abu Bakar, Mohamed Shahrizan
author_facet Abu Bakar, Mohamed Shahrizan
author_sort Abu Bakar, Mohamed Shahrizan
title Kesan pengantara ketakterlibatan moral dalam hubungan antara individualisme-kolektivisme, penyalahgunaan penyeliaan, tekanan penghasilan dan penyimpangan tingkah laku guru kolej vokasional
title_short Kesan pengantara ketakterlibatan moral dalam hubungan antara individualisme-kolektivisme, penyalahgunaan penyeliaan, tekanan penghasilan dan penyimpangan tingkah laku guru kolej vokasional
title_full Kesan pengantara ketakterlibatan moral dalam hubungan antara individualisme-kolektivisme, penyalahgunaan penyeliaan, tekanan penghasilan dan penyimpangan tingkah laku guru kolej vokasional
title_fullStr Kesan pengantara ketakterlibatan moral dalam hubungan antara individualisme-kolektivisme, penyalahgunaan penyeliaan, tekanan penghasilan dan penyimpangan tingkah laku guru kolej vokasional
title_full_unstemmed Kesan pengantara ketakterlibatan moral dalam hubungan antara individualisme-kolektivisme, penyalahgunaan penyeliaan, tekanan penghasilan dan penyimpangan tingkah laku guru kolej vokasional
title_sort kesan pengantara ketakterlibatan moral dalam hubungan antara individualisme-kolektivisme, penyalahgunaan penyeliaan, tekanan penghasilan dan penyimpangan tingkah laku guru kolej vokasional
publishDate 2016
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/71523/1/FPP%202016%2043%20-%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/71523/
_version_ 1710677139424018432
spelling my.upm.eprints.715232021-09-07T00:57:42Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/71523/ Kesan pengantara ketakterlibatan moral dalam hubungan antara individualisme-kolektivisme, penyalahgunaan penyeliaan, tekanan penghasilan dan penyimpangan tingkah laku guru kolej vokasional Abu Bakar, Mohamed Shahrizan Penyimpangan tingkah laku guru merupakan tingkah laku sukarela yang berkaitan dengan penyimpangan interpersonal, pendidikan, masa dan kerjasama yang mengancam norma organisasi dan dengan perbuatan tersebut mengancam suasana harmoni guru atau kolej vokasional (KV) atau kedua-duanya. Mengaplikasikan Teori Kognitif Sosial serta disokong oleh Teori Ketakterlibatan Moral dan Teori Pertukaran Sosial, kajian ini bertujuan menentukan kesan ketakterlibatan moral sebagai pengantara hubungan antara individualisme-kolektivisme, penyalahgunaan penyeliaan, tekanan penghasilan dan penyimpangan tingkah laku dalam kalangan guru KV di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, kaedah tinjauan dan teknik keratan lintang. Populasi kajian terdiri dari 7,087 guru yang berkhidmat di 80 buah KV. Sampel kajian terdiri dari 390 guru KV yang berkhidmat di 14 buah negeri seluruh negara. Pemilihan sampel kajian adalah menggunakan teknik persampelan berkelompok mengikut negeri dan satu KV dipilih bagi setiap negeri menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS dan SEM AMOS bagi menguji hipotesis bagi menentukan tahap, hubungan, kesan pengantara dan menguji hipotesis kajian. Kesan pengantara ketakterlibatan moral diuji menggunakan kaedah bootstrapping. Hasil analisis turut memperihalkan majoriti responden mempunyai tahap yang rendah bagi penyimpangan tingkah laku guru (96.0%) pada skor min 1.4339 (SP = .7197), ketakterlibatan moral (73.1%) pada skor min 2.2931 (SP = .9134) dan penyalahgunaan penyeliaan (77.2%) pada skor min 2.0687 (SP = .5465). Walau bagaimanapun, dapatan sebaliknya diperolehi dari individualisme (84.6%) pada skor min 6.2096 (SP= 1.2905), kolektivisme (97.9%) pada skor min 7.7640 (SP = 1.0781) dan tekanan penghasilan (52.6%) pada skor min 4.3641 (SP = .9832) mempunyai tahap yang tinggi. Keputusan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara individualisme (β = .094, p = .045), kolektivisme (β = - .103, p = .041), penyalahgunaan penyeliaan (β = .221 , p = .0001) dan penyimpangan tingkah laku guru. Namun begitu, hanya penyalahgunaan penyeliaan yang mempunyai hubungan signifikan dengan ketakterlibatan moral (β = .505, p = .0001). Sebaliknya, tekanan penghasilan tidak mempunyai apa-apa hubungan yang signifikan dengan ketakterlibatan moral dan penyimpangan tingkah laku guru. Tambahan lagi, dalam hubungan ketakterlibatan moral dan penyimpangan tingkah laku guru, terdapat hubungan yang signifikan dengan β = .520, p = .0001. Model pengukuran dan model struktural yang diuji menepati dan mencapai indeks kesesuaian dan secara langsung mengesahkan bahawa model SEM adalah sesuai dengan data kajian yang digunakan. Keputusan analisis model pengukuran dan model struktural memenuhi kesesuaian yang baik: χ2 (309) = 761.994, χ/df = 2.466, CFI = .926, IFI = .926, TLI = .915 dan RMSEA = .061. CFI, IFI, TLI melepasi tahap penerimaan yang diperlukan iaitu > .90. Selanjutnya, model struktural menunjukkan 48% varians penyimpangan tingkah laku guru diterangkan oleh pemboleh ubah bebas kajian ini iaitu individualisme-kolektivisme, penyalahgunaan penyeliaan, tekanan penghasilan dan ketakterlibatan moral. Selanjutnya, keputusan analisis menunjukkan ketakterlibatan moral memberi kesan pengantara yang signifikan terhadap hubungan kolektivisme dan penyimpangan tingkah laku guru [kesan tidak langsung = -.0475, nilai sifar di luar 95% CI dan k2 = .0836 (kecil)]. Keputusan yang sama turut diperolehi terhadap hubungan penyalahgunaan penyeliaan dan penyimpangan tingkah laku guru di mana [kesan tidak langsung = .2001, nilai sifar di luar 95% CI dan k2 = .2186 (sederhana)]. Walau bagaimanapun, ketakterlibatan moral bukanlah kesan pengantara terhadap hubungan individualisme dan tekanan penghasilan terhadap penyimpangan tingkah laku guru. Implikasi teoretikal dan praktikal serta beberapa cadangan kajian masa hadapan turut dibincangkan dalam kajian ini. 2016-12 Thesis NonPeerReviewed text ms http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/71523/1/FPP%202016%2043%20-%20IR.pdf Abu Bakar, Mohamed Shahrizan (2016) Kesan pengantara ketakterlibatan moral dalam hubungan antara individualisme-kolektivisme, penyalahgunaan penyeliaan, tekanan penghasilan dan penyimpangan tingkah laku guru kolej vokasional. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. College teachers - Professional ethics Deviant behavior
score 13.160551