Hubungan antara penerimaan dan penggunaan media sosial dengan gaya pembelajaran dalam kalangan murid sekolah menengah daerah Gombak

Kajian ini bertujuan menganalisis gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar dan faktor-faktor penerimaan dan penggunaan media sosial dalam kalangan mereka. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar Tingkatan 4 berdasarkan jantina dan bidang elektif, faktor-fa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohammad, Nor Ashikin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70751/1/FPP%202017%2026%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70751/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.70751
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.707512019-09-06T07:39:30Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70751/ Hubungan antara penerimaan dan penggunaan media sosial dengan gaya pembelajaran dalam kalangan murid sekolah menengah daerah Gombak Mohammad, Nor Ashikin Kajian ini bertujuan menganalisis gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar dan faktor-faktor penerimaan dan penggunaan media sosial dalam kalangan mereka. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar Tingkatan 4 berdasarkan jantina dan bidang elektif, faktor-faktor penerimaan dan penggunaan media sosial dalam kalangan mereka, hubungan penerimaan dan penggunaan media sosial dengan gaya pembelajaran dan faktor-faktor penerimaan dan penggunaan media sosial yang mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar Tingkatan 4 di daerah Gombak. Penyelidik menggunakan Teori Connectivism untuk menjelaskan keperluan individu dalam menimba ilmu pada zaman sekarang. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan menggunakan kaedah tinjauan untuk mendapatkan data. Seramai 376 orang pelajar Tingkatan 4 di daerah Gombak telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak sistematik berasaskan ciri-ciri sampel yang telah ditetapkan. Gaya pembelajaran pelajar ditentukan dengan menggunakan Inventori Skala Gaya Pembelajaran Grasha dan Riechmann manakala penerimaan dan penggunaan media sosial diukur menggunakan soal-selidik yang diubahsuai daripada Model Penerimaan Teknologi (Technonoly Acceptance Model) oleh Davis (1989). Hasil kajian menunjukkan gaya pembelajaran Kolaboratif (min= 3.81, S.P= .82), Bergantung (min= 3.75, S.P= .85) dan Kompetetif (min= 3.68, S.P= .94) merupakan gaya pembelajaran dominan yang diamalkan oleh pelajar Tingkatan 4 di daerah Gombak. Faktor utama penerimaan media sosial dalam kalangan mereka ialah faktor Kaitan (min= 4.01, S.P= .82) dan faktor Rangkaian Antara Peribadi dan Sosial (min= 3.96, S.P= .87) manakala faktor Motivasi Interaksi Sosial (min= 3.96, S.P= .86), Motivasi Hiburan (min= 3.94, S.P= .92) dan Motivasi Perkongsian Maklumat (min= 3.85, S.P= .86) adalah faktor-faktor penggunaan media sosial bagi pelajar-pelajar tersebut. Kajian seterusnya mendapati tidak terdapat perbezaan gaya pembelajaran yang signifikan di antara pelajar lelaki (min= 3.53, S.P= .29) dan perempuan (min= 3.54, S.P= .27), iaitu t= -.421, p= .674 dan tidak terdapat perbezaan gaya pembelajaran yang signifikan di antara ketiga-tiga kumpulan pelajar yang terdiri daripada pelajar bidang Sains Tulen, Teknologi, dan Kemanusiaan, F (2, 373) = 2.39, P = .093. Selain itu, kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dengan faktor-faktor penerimaan media sosial (r = .376, n = 376, p < .05) dan gaya pembelajaran dengan faktor-faktor penggunaan media sosial (r = .356, n = 376, p < .05). Hasil daripada dapatan tersebut menunjukkan faktor Kaitan (Faktor Penerimaan Media Sosial) (t = 2.69, p < .05) dan faktor Motivasi Perkongsian Maklumat (Faktor Penggunaan Media Sosial) (t = 2.01, p < .05) mempunyai pengaruh signifikan terhadap gaya pembelajaran pelajar Tingkatan 4 di daerah Gombak. Kajian ini telah membuktikan bahawa pelajar di peringkat menengah telah bersedia untuk menggunakan media sosial sebagai cabang dalam amalan gaya pembelajaran mereka. Dapatan ini dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan untuk menyediakan garis panduan penggunaan media sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar di peringkat menengah. 2017-05 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70751/1/FPP%202017%2026%20IR.pdf Mohammad, Nor Ashikin (2017) Hubungan antara penerimaan dan penggunaan media sosial dengan gaya pembelajaran dalam kalangan murid sekolah menengah daerah Gombak. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
description Kajian ini bertujuan menganalisis gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar dan faktor-faktor penerimaan dan penggunaan media sosial dalam kalangan mereka. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar Tingkatan 4 berdasarkan jantina dan bidang elektif, faktor-faktor penerimaan dan penggunaan media sosial dalam kalangan mereka, hubungan penerimaan dan penggunaan media sosial dengan gaya pembelajaran dan faktor-faktor penerimaan dan penggunaan media sosial yang mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar Tingkatan 4 di daerah Gombak. Penyelidik menggunakan Teori Connectivism untuk menjelaskan keperluan individu dalam menimba ilmu pada zaman sekarang. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan menggunakan kaedah tinjauan untuk mendapatkan data. Seramai 376 orang pelajar Tingkatan 4 di daerah Gombak telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak sistematik berasaskan ciri-ciri sampel yang telah ditetapkan. Gaya pembelajaran pelajar ditentukan dengan menggunakan Inventori Skala Gaya Pembelajaran Grasha dan Riechmann manakala penerimaan dan penggunaan media sosial diukur menggunakan soal-selidik yang diubahsuai daripada Model Penerimaan Teknologi (Technonoly Acceptance Model) oleh Davis (1989). Hasil kajian menunjukkan gaya pembelajaran Kolaboratif (min= 3.81, S.P= .82), Bergantung (min= 3.75, S.P= .85) dan Kompetetif (min= 3.68, S.P= .94) merupakan gaya pembelajaran dominan yang diamalkan oleh pelajar Tingkatan 4 di daerah Gombak. Faktor utama penerimaan media sosial dalam kalangan mereka ialah faktor Kaitan (min= 4.01, S.P= .82) dan faktor Rangkaian Antara Peribadi dan Sosial (min= 3.96, S.P= .87) manakala faktor Motivasi Interaksi Sosial (min= 3.96, S.P= .86), Motivasi Hiburan (min= 3.94, S.P= .92) dan Motivasi Perkongsian Maklumat (min= 3.85, S.P= .86) adalah faktor-faktor penggunaan media sosial bagi pelajar-pelajar tersebut. Kajian seterusnya mendapati tidak terdapat perbezaan gaya pembelajaran yang signifikan di antara pelajar lelaki (min= 3.53, S.P= .29) dan perempuan (min= 3.54, S.P= .27), iaitu t= -.421, p= .674 dan tidak terdapat perbezaan gaya pembelajaran yang signifikan di antara ketiga-tiga kumpulan pelajar yang terdiri daripada pelajar bidang Sains Tulen, Teknologi, dan Kemanusiaan, F (2, 373) = 2.39, P = .093. Selain itu, kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dengan faktor-faktor penerimaan media sosial (r = .376, n = 376, p < .05) dan gaya pembelajaran dengan faktor-faktor penggunaan media sosial (r = .356, n = 376, p < .05). Hasil daripada dapatan tersebut menunjukkan faktor Kaitan (Faktor Penerimaan Media Sosial) (t = 2.69, p < .05) dan faktor Motivasi Perkongsian Maklumat (Faktor Penggunaan Media Sosial) (t = 2.01, p < .05) mempunyai pengaruh signifikan terhadap gaya pembelajaran pelajar Tingkatan 4 di daerah Gombak. Kajian ini telah membuktikan bahawa pelajar di peringkat menengah telah bersedia untuk menggunakan media sosial sebagai cabang dalam amalan gaya pembelajaran mereka. Dapatan ini dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan untuk menyediakan garis panduan penggunaan media sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar di peringkat menengah.
format Thesis
author Mohammad, Nor Ashikin
spellingShingle Mohammad, Nor Ashikin
Hubungan antara penerimaan dan penggunaan media sosial dengan gaya pembelajaran dalam kalangan murid sekolah menengah daerah Gombak
author_facet Mohammad, Nor Ashikin
author_sort Mohammad, Nor Ashikin
title Hubungan antara penerimaan dan penggunaan media sosial dengan gaya pembelajaran dalam kalangan murid sekolah menengah daerah Gombak
title_short Hubungan antara penerimaan dan penggunaan media sosial dengan gaya pembelajaran dalam kalangan murid sekolah menengah daerah Gombak
title_full Hubungan antara penerimaan dan penggunaan media sosial dengan gaya pembelajaran dalam kalangan murid sekolah menengah daerah Gombak
title_fullStr Hubungan antara penerimaan dan penggunaan media sosial dengan gaya pembelajaran dalam kalangan murid sekolah menengah daerah Gombak
title_full_unstemmed Hubungan antara penerimaan dan penggunaan media sosial dengan gaya pembelajaran dalam kalangan murid sekolah menengah daerah Gombak
title_sort hubungan antara penerimaan dan penggunaan media sosial dengan gaya pembelajaran dalam kalangan murid sekolah menengah daerah gombak
publishDate 2017
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70751/1/FPP%202017%2026%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70751/
_version_ 1646008952096292864
score 13.214268