Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran di rumah dan hubungannya dengan pencapaian akademik murid di sekolah agama bantuan kerajaan

Ibu bapa berperanan sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan serta memastikan pembelajaran berkualiti anak mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah, mengenalpasti tahap pencapaian akademik murid, mengenalpasti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mahamud, Irma Yanti
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70726/1/FPP%202017%2017%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70726/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ibu bapa berperanan sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan serta memastikan pembelajaran berkualiti anak mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah, mengenalpasti tahap pencapaian akademik murid, mengenalpasti perbezaan penglibatan ibu bapa berdasarkan lokasi kediaman, taraf pendidikan tertinggi ibu bapa, jumlah pendapatan ibu bapa, jenis pekerjaan ibu bapa dan menentukan hubungannya ke atas pencapaian akademik murid. Kajian ini dijalankan di lima buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di empat daerah di Negeri Sembilan. Teknik persampelan rawak berkelompok telah digunakan untuk mengenalpasti 227 responden yang terdiri daripada murid tingkatan empat. Instrumen kajian yang digunakan adalah ubahsuai daripada Kajian Keberkesanan Buku Sarana Ibu Bapa Terhadap Pembelajaran Murid dan Indeks Persepsi Murid Terhadap Program Sahsiah Unggul Murid 2013. Darjah kebolehpercayaan (cronbach alpha) bagi keseluruhan instrumen adalah .942. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalis frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai manakala analisis statistik inferens pula digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya tahap penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah menunjukkan tahap yang tinggi (M=3.86, SP=0.62). Namun demikian, bagi komponen komunikasi anak dengan ibu bapa (M=3.52, SP=0.80) dan sokongan ibu bapa terhadap kecemerlangan anak (M=3.64, SP=0.76) menunjukkan tahap yang sederhana. Hasil Ujian-t Tidak Bersandar dan Anova Sehala digunakan untuk mencari perbezaan penglibatan ibu bapa berdasarkan lokasi kediaman, taraf pendidikan tertinggi ibu dan bapa, jumlah pendapatan ibu bapa dan jenis pekerjaan ibu dan bapa. Dapatan menunjukkan wujudnya perbezaan penglibatan ibu bapa secara signifikan berdasarkan taraf pendidikan tertinggi ibu, jumlah pendapatan ibu bapa dan juga jenis pekerjaan bapa manakala item yang lain tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Hasil analisis statistik inferens ini telah menerima empat daripada tujuh hipotesis yang dicadangkan. Keputusan analisis korelasi pula menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik murid (r = 0.058, p = 0.386). Kajian ini sekaligus memberi maklumat dan gambaran awal trend status penglibatan ibu bapa melalui pelaksanaan Sarana Ibu Bapa di bawah Anjakan Ke Sembilan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.