Fenomena sosial dalam novel pilihan

Secara keseluruhannya, fenomena sosial merujuk kepada kenyataan atau fakta yang terjadi dalam masyarakat. Kajian ini dijalankan bertitik tolak daripada pertikaian mengenai kemenangan Razali Endun menerusi novel Nenek dalam Anugerah Hadiah Sastera Perdana 2014.Ada pihak yang mendakwa bahawa Nenek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Zain, Rosnani
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68464/1/FBMK%202018%206%20-%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68464/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Secara keseluruhannya, fenomena sosial merujuk kepada kenyataan atau fakta yang terjadi dalam masyarakat. Kajian ini dijalankan bertitik tolak daripada pertikaian mengenai kemenangan Razali Endun menerusi novel Nenek dalam Anugerah Hadiah Sastera Perdana 2014.Ada pihak yang mendakwa bahawa Nenek tidak layak memenangi anugerah tersebut kerana tidak mengetengahkan fenomena semasa. Selain itu, ada juga pihak yang berpendapat bahawa novel Luka Nering karya Malim Ghozali PK lebih menepati kriteria kerana mengetengahkan persoalan semasa yang relevan dalam konteks kehidupan masyarakat pada hari ini. Melalui isu-isu yang dibangkitkan mengenai kedua-dua novel tersebut, pengkaji telah terpanggil untuk membuat kajian dengan memfokuskan kepada aspek fenomena sosial yang terdapat dalam kedua-dua novel kajian.Objektif kajian adalah untuk mengklasifikasi dan menganalisis fenomena sosial yang terdapat dalam novel kajian.Bagi mencapai objektif kajian ini pengkaji telah menggunakan kerangka teori fakta sosial yang diasaskan oleh Emile Durkheim.Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa elemen fenomena sosial yang diketengahkan dalam novel kajian antaranya ialah tatacara perhubungan dalam masyarakat, perpecahan dalam masyarakat,kebudayaan,kekeluargaan,kemiskinan, pembangunan sosioekonomi masyarakat, masalah sosial dan undang-undang tanah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua novel tersebut mengetengahkan aspek fenomena sosial, namun fenomena sosial yang terdapatdalam novel Nenek lebih dominan berbanding dalam novel Luka Nering.Ini telah membuktikan bahawa novel Nenek sarat dengan fenomena masyarakatnya dan fenomena sosial yang diketengahkan dalam novel tersebut merupakan fenomena sezaman.