Pengaruh pengetahuan, kepercayaan dan orientasi prinsip terhadap tingkah laku beretika dalam kalangan kaunselor di Malaysia

Tingkah laku beretika amat penting dalam perkhidmatan kaunseling yang dijalankan oleh kaunselor. Pengetahuan etika, kepercayaan etika dan orientasi prinsip etika memberi kesan kepada tingkah laku beretika kaunselor ketika menjalankan perkhidmatan kaunseling. Kajian ini mengkaji pengaruh antara pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Rani, Nurul Hasyimah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68316/1/FPP%202018%202%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68316/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tingkah laku beretika amat penting dalam perkhidmatan kaunseling yang dijalankan oleh kaunselor. Pengetahuan etika, kepercayaan etika dan orientasi prinsip etika memberi kesan kepada tingkah laku beretika kaunselor ketika menjalankan perkhidmatan kaunseling. Kajian ini mengkaji pengaruh antara pengetahuan etika, kepercayaan etika, orientasi prinsip etika dan tingkah laku beretika kaunselor di Malaysia. Kajian ini juga turut melihat perbezaan antara kaunselor berdaftar dan kaunselor tidak berdaftar dalam aspek pengetahuan etika, kepercayaan etika, orientasi prinsip etika dan tingkah laku beretika kaunselor di Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian korelasi. Sampel kajian adalah kaunselor berdaftar dan kaunselor tidak berdaftar yang melibatkan seramai 355 kaunselor di seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan persampelan rawak mudah. Alat ukur yang digunakan adalah Ethics and Legal Issues in Counselling Questionnaire- Revised (ELICQ-R) untuk mengukur pengetahuan etika, Ethics Practice Survey untuk mengukur kepercayaan etika dan tingkah laku beretika serta Ethical Decision- Making Scale-Revised (EDMS-R) untuk mengukur orientasi prinsip etika. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif yang melibatkan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Manakala bagi analisis secara inferensi, analisis ujian-t, ANOVA sehala, korelasi Pearson, analisis regresi linear dan analisis regresi berganda digunakan di dalam kajian ini. Analsisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan etika dan tingkah laku beretika kaunselor (r = .262, p < .05). Seterusnya hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kepercayaan etika dan tingkah laku beretika kaunselor (r = .160, p < .05). Walau bagaimanapun, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara orientasi prinsip etika dan tingkah laku beretika kaunselor (r = -.65, p > .05). Dapatan analisis regresi berganda pula menunjukkan hanya pengetahuan etika dan kepercayaan etika merupakan peramal bagi tingkah laku beretika kaunselor di Malaysia. Dapatan kajian ini dapat memberi panduan kepada kaunselor untuk meningkatkan tingkah laku beretika mereka khususnya dari segi pengetahuan etika, kepercayaan etika dan orientasi prinsip etika agar perkhidmatan kaunseling dapat dijalankan secara beretika dan bermanfaat. Secara keseluruhannya hasil kajian ini memberikan implikasi yang amat berguna dalam profesion kaunseling khususnya dalam bidang etika kaunseling, kurikulum kaunseling dan penyelidikan kaunseling di Malaysia.