Penerapan nilai akhlak murid sekolah rendah menerusi kaedah pembiasaan

Akhlak adalah asas utama dalam Islam dan menjadi salah satu tunjang utama dalam pembinaan sahsiah diri manusia. Pembentukan akhlak murid merupakan salah satu elemen penting dalam pelaksanaan Pendidikan Islam. Dalam perkembangan pendidikan abad ke 21, masalah keruntuhan akhlak semakin serius terutama...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhd Fauzi, Ainul Widad, Suhid, Asmawati, Mohd Fakhruddin, Fathiyah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67792/1/GREDUC_2018-34.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67792/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Akhlak adalah asas utama dalam Islam dan menjadi salah satu tunjang utama dalam pembinaan sahsiah diri manusia. Pembentukan akhlak murid merupakan salah satu elemen penting dalam pelaksanaan Pendidikan Islam. Dalam perkembangan pendidikan abad ke 21, masalah keruntuhan akhlak semakin serius terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Oleh itu, guru Pendidikan Islam sebagai medium penting untuk membina sahsiah diri murid perlu memahami dan menguasai pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi memastikan nilai akhlak diterap dengan berkesan. Ini selari dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk melahirkan murid yang mempunyai pegangan agama kukuh serta penghayatan akhlak yang mendalam. Kajian yang dijalankan ini bagi meneroka kaedah pembiasaan yang dilaksanakan guru Pendidikan Islam dalam pengajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru Pendidikan Islam menekankan kaedah pembiasaan menerusi pembiasaan ibadah solat, ibadah umum dan kebersihan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan temu bual sebagai kaedah utama dan diikuti dengan pemerhatian untuk pengumpulan data. Teknik persampelan yang digunakan ialah persampelan bertujuan seramai lapan orang peserta yang terlibat dalam kajian ini.