Tahap tekad keusahawanan dalam kalangan pelajar kolej vokasional

Kajian ini bertujuan menentukan tahap tekad keusahawanan. Selain itu, sikap keusahawanan, norma sosial, efikasi keusahawanan, personaliti proaktif dan keterlibatan pelajar dalam pembelajaran keusahawanan di Kolej Vokasional turut dikaji menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Popu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Masri, Normasitah, Abdullah, Arnida, Asimiran, Soaib
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67734/1/GREDUC_2018-4.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67734/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menentukan tahap tekad keusahawanan. Selain itu, sikap keusahawanan, norma sosial, efikasi keusahawanan, personaliti proaktif dan keterlibatan pelajar dalam pembelajaran keusahawanan di Kolej Vokasional turut dikaji menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Populasi kajian terdiri daripada 2882 pelajar tahun 1 diploma dari 16 buah Kolej Vokasional Zon Tengah meliputi Selangor, WP Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Pemilihan sampel kajian sejumlah 244 adalah menggunakan teknik persampelan berlapis mengikut negeri. Hasil kajian mendapati tekad keusahawanan pelajar berada pada tahap sederhana dengan nilai skor min 3.65 dan sisihan piawai .84. Kajian menunjukkan tahap tinggi bagi sikap keusahawanan (min =3.75, SP=.63), norma sosial (min=3.75, SP=.66), personaliti proaktif (min=3.87, SP=.53) manakala tahap sederhana bagi efikasi keusahawanan (min=3.34, SP=.70) dan keterlibatan pelajar dalam pembelajaran keusahawanan (min=3.21, SP=.76). Ini menunjukkan tekad keusahawanan pelajar kolej vokasional perlu diberi perhatian untuk ditambah baik kerana memberi kesan langsung terhadap tingkahlaku keusahawanan. Pendidikan keusahawanan dapat meningkatkan efikasi keusahawanan pelajar dan penglibatan dalam pembelajaran keusahawanan adalah salah satu strategi berguna yang perlu dipraktikkan dalam strategi pengajaran.