Dialek dan jati diri masyarakat Besut dari sudut sosiolinguistik

Masyarakat Besut ialah sebuah masyarakat di negeri Terengganu yang menuturkan dialek Kelantan sebagai dialek asas mereka. Oleh sebab bahasa (dialek) memainkan peranan penting dalam menggambarkan keperibadian dan jati diri sesebuah masyarakat penutur, maka kajian ini pada umumnya bertujuan untu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mustaffa, Siti Rahimah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67438/1/FBMK%202017%2025%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67438/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat Besut ialah sebuah masyarakat di negeri Terengganu yang menuturkan dialek Kelantan sebagai dialek asas mereka. Oleh sebab bahasa (dialek) memainkan peranan penting dalam menggambarkan keperibadian dan jati diri sesebuah masyarakat penutur, maka kajian ini pada umumnya bertujuan untuk mengkaji peranan dialek dalam pembentukan jati diri anggota masyarakat di daerah Besut. Bagi mencapai objektif tersebut, Mekanisme Perubahan Jati Diri dan Ciri Jati Diri Abdullah Hassan, Hipotesis Sapir-Whorf, dan Teori Gelombang telah digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 120 orang responden Melayu di Besut telah dipilih untuk mendapatkan data melalui soalan soal selidik. Kemudian, data tersebut dianalisis menurut pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan dialek adalah tidak muktamad dalam menetapkan jati diri mereka. Hal ini demikian kerana selain bahasa, terdapat beberapa faktor lain yang boleh membentuk jati diri sesebuah masyarakat, termasuklah budaya, geografi, leluhur, dan agama. Akhir sekali, kajian ini memberikan gambaran sebenar tentang perihal jati diri masyarakat penutur dialek Kelantan di Besut.