Bahasa tidak santun dalam penulisan blog politik di Malaysia

Kajian ini, bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis bahasa yang tidak santun dalam blog politik di Malaysia. Seterusnya, menghasilkan Panduan Kesantunan Bahasa dalam Blog Politik di Malaysia untuk dijadikan panduan kepada penulis dan pembaca blog politik. Penyelidikan ini mengaplikas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Azizul
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67423/1/FBMK%202017%2033%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67423/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini, bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis bahasa yang tidak santun dalam blog politik di Malaysia. Seterusnya, menghasilkan Panduan Kesantunan Bahasa dalam Blog Politik di Malaysia untuk dijadikan panduan kepada penulis dan pembaca blog politik. Penyelidikan ini mengaplikasikan pendekatan Pengelasan Kata Jay,2000;Pinker,2008; Wilson,1998 dan model Prinsip Kesantunan Leech (1983) dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan, soal selidik, dan analisis teks yang terdiri daripada 10 blog politik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 94 perkataan tidak santun yang dibahagikan kepada tujuh kategori dengan 550 kekerapan secara keseluruhannya dalam blog politik yang dikaji. Penyelidikan ini juga mendapati semua enam maksim kesantunan Leech telah dilanggar oleh penulis dan pembaca blog politik yang memberikan komen dalam blog politik yang dikaji. Kesimpulannya, dapatan ini amat penting kepada penulis dan pengikut blog politik, pengkaji bahasa serta masyarakat umum supaya hasil penulisan blog politik mematuhi prinsip kesantunan bahasa.