Penggunaan strategi memori dalam penguasaan Ism al-fā‘il dan Ism al-maf‘ūl dalam kalangan pelajar prauniversiti
Ism al-fā‘il (IF) dan ism al-maf‘ūl (IM) merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam morfologi Arab. IF dan IM merupakan dua kata nama sifat yang menunjukkan pelaku dan objek. Sungguhpun begitu tidak semua penuntut bahasa dapat menguasai pembentukan keuda-dua kata sifat ini. Apatah lagi...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67420/1/FBMK%202017%2035%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67420/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Ism al-fā‘il (IF) dan ism al-maf‘ūl (IM) merupakan salah satu elemen yang
terdapat dalam morfologi Arab. IF dan IM merupakan dua kata nama sifat
yang menunjukkan pelaku dan objek. Sungguhpun begitu tidak semua
penuntut bahasa dapat menguasai pembentukan keuda-dua kata sifat ini.
Apatah lagi jika kata sifat ini dibentuk daripada kata kerja berasaskan huruf
‘illah. Kebanyakan pelajar masih lagi keliru dalam membentuk pola IF dan IM
secara dalam perkataan dan juga dalam ayat. Ketidakpenguasaan
pembentukan IF dan IM ada berkait rapat dengan penggunaan Strategi
Pembelajaran Bahasa (SPB). Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal
pasti tahap kemampuan pelajar-pelajar Pra-U dalam membentuk pola IF dan
IM daripada kata kerja mu‘tal secara dalam perkataan dan kemanpuan
mereka mengaplikasikan pola IF dan IM dalam ayat. Seterusnya, kajian ini
menganalisis strategi memori yang digunakan oleh pelajar Pra-U ketika
membentuk dan menggunakan pola IF dan IM daripada kata kerja mu‘tal
secara dalam perkatan dan dalam ayat. Kajian ini menggunakan pendekatan
kualitatif secara kajian kes dengan menggunakan ujian bertulis, soal selidik
yang diadaptasi daripada Strategy Inventory for Language Learning (SILL)
Oxford (1990) serta temubual bagi memperoleh data kajian. Hasil kajian
mendapati bahawa responden masih kurang menguasai pembentukan IF
dan IM bagi kata kerja jenis nāqis dan ajwaf yang secara tidak langsung
memberi kesan kepada kurangnya penguasaan dalam pembentukan IF dan
IM bagi kata kerja jenis lafīf mafrūq dan lafīf maqrūn. Responden kajian juga
masih kurang menguasai pembentukan IF dan IM di dalam ayat kesan
daripada kurangnya penguasaan dalam ‘irab. Selain itu, penggunaan
strategi memori dalam kalangan responden secara keseluruhannya adalah
pada tahap sederhana semasa membentuk dan menggunakan pola IF dan
IM. Kajian mendapati responden hanya cenderung menggunakan substrategi membuat perkaitan/menghurai. Manakala strategi mekanikal
tidak diaplikasikan langsung oleh mereka. |
---|