Implikatur dalam manuskrip Megat Terawis

Penggunaan implikatur seperti bahasa kiasan, peribahasa, simpulan bahasa sangat berkait rapat dalam masyarakat Melayu lama dalam menyampaikan teguran, arahan atau sindiran tanpa menjatuhkan air muka pendengar. Walaupun kajian tentang implikatur telah banyak dijalankan oleh pengkaji sebelum ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hamat, Haliza
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67410/1/FBMK%202017%2042%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67410/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan implikatur seperti bahasa kiasan, peribahasa, simpulan bahasa sangat berkait rapat dalam masyarakat Melayu lama dalam menyampaikan teguran, arahan atau sindiran tanpa menjatuhkan air muka pendengar. Walaupun kajian tentang implikatur telah banyak dijalankan oleh pengkaji sebelum ini namun ia lebih tertumpu kepada beberapa disiplin ilmu sahaja seperti wacana iklan atau akhbar berita. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengisi lompang kajian tentang pengkajian ilmu pragmatik dalam manuskrip lama iaitu manuskrip Megat Terawis (MSS130) yang berbentuk skrip drama pentas. Tujuan kajian ini djalankan ialah untuk mengenal pasti unsur ayat yang mengandungi implikatur dan seterusnya menjelaskan penggunaan implikatur yang terdapat dalam manuskrip Megat Terawis mengikut Teori Relevans. Sebelum dianalisis, manuskrip ini telah ditransliterasikan terlebih dahulu dan seterusnya beberapa contoh dialog dipilih secara rawak bebas. Contoh-contoh implikatur ini seterusnya dianalisis untuk melihat penggunaannya oleh pengarang dan dihuraikan dengan menggunakan Teori Relevan yang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson (1995). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengarang banyak menggunakan ayat berbentuk implikatur dalam dialog untuk menyampaikan sindiran, kiasan dan amaran. Pemilihan ayat jenis ini adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada pendengar tanpa menjatuhkan maruah pendengar. Pemilihan ayat yang bersesuaian mengikut konteks latar dalam manuskrip ini secara tidak langsung menggambarkan kesantunan yang dimiliki oleh watak-wataknya. Berdasarkan kajian ini didapati bahawa maklumat yang disampaikan oleh penutur dapat difahami dengan baik oleh pendengar kerana ia banyak berkisar tentang budaya dalam konteks masyarakat Melayu setempat. Keseluruhan hasil kajian mendapati bahawa kos proses maklumat dalam MT adalah rendah kerana manuskrip ini merupakan skrip drama pentas yang yang perlu dipersembahkan dalam jangka waktu yang telah ditetapkan. Maka, maklumat yang hendak disampaikan perlulah jelas dan mudah difahami sama ada oleh pendengar atau penonton.