Penggunaan bahasa dalam rencana akhbar

Penyelidikan ini dijalankan untuk (i) mengenal pasti ciri-ciri bahasa penulisan rencana akhbar dan (ii) menganalisis penggunaan tatabahasa dalam penulisan rencana berdasarkan pendekatan Waterhouse (1989). Alat kajian terdiri daripada dua buah akhbar berbahasa Melayu, iaitu Berita Harian dan Ut...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hassan, Mohd Hazreen Shah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67406/1/FBMK%202017%2048%20%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67406/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini dijalankan untuk (i) mengenal pasti ciri-ciri bahasa penulisan rencana akhbar dan (ii) menganalisis penggunaan tatabahasa dalam penulisan rencana berdasarkan pendekatan Waterhouse (1989). Alat kajian terdiri daripada dua buah akhbar berbahasa Melayu, iaitu Berita Harian dan Utusan Malaysia yang telah diterbitkan dari 01 Oktober 2016 sehingga 30 November 2016. Populasi kajian terdiri daripada 242 rencana yang terkandung dalam kedua-dua buah akhbar. Sampel kajian pula terdiri daripada 20 rencana yang dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan sistematik dan seterusnya, dianalisis melalui kaedah analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat 128 kesalahan berkaitan dengan penggunaan bahasa dalam penulisan rencana. Daripada jumlah tersebut, kesalahan berkaitan penerangan ayat mencatatkan jumlah paling tinggi, iaitu sebanyak 60 kesalahan dan kesalahan terhadap penggunaan kata sinonim pula mencatatkan jumlah kesalahan paling rendah, iaitu tiga (3) kesalahan. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan bahasa yang berkesan dan baik ditentukan oleh pemilihan kata dan pembentukan ayat yang digunakan dalam penulisan rencana. Pemilihan kata yang tidak menepati saranan Waterhouse (1989) menyebabkan khalayak mengalami kekaburan dan kekeliruan makna, manakala pembentukan ayat yang panjang dan mengandungi penerangan yang berlebih-lebihan menyebabkan khalayak hilang tumpuan dalam membentuk pemahaman terhadap kandungan rencana tersebut. Akhirnya, khalayak mengalami kesukaran untuk memahami kandungan rencana dengan baik dan berkesan.