Unsur tarbiah dalam novel Komsas

Kajian ini dilakukan untuk meneliti unsur tarbiah yang terkandung dalam novel KOMSAS berdasarkan tujuh prinsip dalam Teori Takmilah. Sehubungan itu, kajian akan menganalisis 19 buah novel yang telah diguna pakai dalam sistem pendidikan mengikut ketetapan Kementerian Pelajaran Malaysia. Novel tersebu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yaacob, Maisarah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67403/1/FBMK%202017%2065%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67403/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan untuk meneliti unsur tarbiah yang terkandung dalam novel KOMSAS berdasarkan tujuh prinsip dalam Teori Takmilah. Sehubungan itu, kajian akan menganalisis 19 buah novel yang telah diguna pakai dalam sistem pendidikan mengikut ketetapan Kementerian Pelajaran Malaysia. Novel tersebut digunakan seluruh negara mengikut zon tertentu pada tahun 2010 sehingga tahun 2016 yang mana empat novel bagi tingkatan satu, empat novel untuk tingkatan dua, tiga novel untuk tingkatan tiga, empat novel untuk tingkatan empat dan empat novel untuk tingkatan lima. Objektif kajian adalah mengenal pasti unsur-unsur tarbiah dalam novel KOMSAS, menganalisis unsur-unsur tersebut, dan merumuskan unsur tarbiah dalam novel KOMSAS berdasarkan Teori Takmilah dari segi kesejajarannya. Justeru, analisis terhadap 19 novel tersebut dilaksanakan mengikut sembilan unsur tarbiah dan terbahagi kepada dua aspek utama iaitu Hubungan Manusia dengan Allah (Habl’ min Allah) dan Hubungan Manusia dengan Manusia (Habl’ min al-Nas) seperti yang digariskan dalam Teori Takmilah. Melalui pembahagian ini dapat dilihat unsur tarbiah dipecahkan pula mengikut tujuh prinsip Teori Takmilah iaitu Ketuhanan di bawah konsep Hubungan Manusia dengan Allah (Habl’ min Allah), manakala Kerasulan, Keislaman, Keilmuan, Karya, Pengkarya dan Khalayak di bawah konsep Hubungan Manusia dengan Manusia (Habl’ min al-Nas). Didapati, prinsip Ketuhanan diwakili unsur Taat dan Takut Allah serta Reda, prinsip Kerasulan diwakili unsur Kepimpinan dan Kemaafan, prinsip Keislaman mewakili unsur Cinta Pada Alam, prinsip Keilmuan mewakili unsur Ilmu Dalam Kesusasteraan, prinsip Karya mewakili unsur Kreativiti, prinsip Pengkarya mewakili unsur Optimis dan prinsip Khalayak mewakili unsur Bersungguh-sungguh. Sehubungan itu, hasil daripada kajian menunjukkan bahawa unsur tarbiah paling dominan dalam teks KOMSAS adalah; bersungguh-sungguh, diikuti unsur reda dengan ketentuan Allah SWT, ketiga unsur kemaafan, keempat unsur taat dan takut kepada Allah SWT, kreativiti, dan optimis. Seterusnya bilangan kelima unsur kepimpinan, cinta kepada alam dan bilangan keenam adalah ilmu dalam sastera. Novel Melunas Rindu menepati pelbagai kriteria yang dikaji dan merupakan satu-satunya novel yang memenuhi enam prinsip dalam Teori Takmilah, iaitu prinsip ketuhanan, kenabian, Islam, estetika, pengkarya dan khalayak. Kesimpulannya setiap novel mempunyai sekurang-kurangnya satu unsur tarbiah yang dianalisis.