Penglibatan dalam aktiviti agro-pelancongan di kalangan komuniti Desa Wawasan Nelayan di Semenanjung Malaysia

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Nelayan Kawasan dan Persatuan Nelayan Negeri telah mewujudkan satu produk pelancongan baru yang dinamakan agro-pelancongan nelayan di Desa Wawasan Nelayan. Penglibatan komuniti setempat dalam program agro-pelancongan ini adalah penting kerana...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad, Mahazan, Hamzah, Azimi, Md. Yassin, Sulaiman, Abu Samah, Bahaman, Mohamed Shaffril, Hayrol Azril, Tiraieyari, Neda, Alby, Jeffrey Lawrence D'Silva
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia 2012
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66977/1/IPSAS_2012-9.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66977/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Nelayan Kawasan dan Persatuan Nelayan Negeri telah mewujudkan satu produk pelancongan baru yang dinamakan agro-pelancongan nelayan di Desa Wawasan Nelayan. Penglibatan komuniti setempat dalam program agro-pelancongan ini adalah penting kerana ianya kunci kejayaan kepada program ini yang secara tidak langsung berpotensi memberi impak positif kepada ekonomi dan memperkasakan komuniti setempat.Oleh kerana itu, kajian ini telah dijalankan bagi mengkaji tahap penglibatan penduduk Desa Wawasan Nelayan dalam aktiviti agro-pelancongan di tempat mereka. Sejumlah seribu seratus (1100) responden dipilih secara rawak dari sepuluh (10) buah kampung di semenanjung Malaysia yang tersenarai sebagai Desa Wawasan Nelayan. Dapatan kajian hasil analisis yang dibuat menggunakan perisian SPSS menunjukkan tahap keseluruhan penglibatan komuniti Desa Wawasan Nelayan dalam aktiviti agro-pelancongan adalah pada tahap yang sederhana (M=2.70, S.P=.78). Manakala bagi analisis perkaitan dan perbezaan, hasil kajian mendapati bahawa terdapatnya perkaitan yang signifikan bagi pembolehubah umur (p=.001) dan pendapatan bulanan (p=.000) terhadap penglibatan penduduk dalam aktiviti agro-pelancongan pada pada nilai keertian p<.01. Bagi perbezaan pula, terdapatnya perbezaan yang signifikan dalam penglibatan penduduk berdasarkan pembolehubah jantina (t=6.843, p=.000), status perkahwinan (t=-4.131, p=.000), keahlian dalam organisasi (t=-11.867, p=.000), dan kesedaran terhadap program Desa Wawasan Nelayan (t=-7.614, p=.000) pada pada nilai keertian p<.05. Berdasarkan hasil kajian ini, dicadangkan supaya pihak yang berkaitan meningkatkan usaha untuk melibatkan komuniti tempatan dalam program agro-pelancongan yang dibuat di kawasan mereka supaya impak positif ekonomi dan sosial-budaya dapat diperolehi oleh komuniti setempat. Secara tidak langsung dapat mendidik dan memperkasakan komuniti setempat sekaligus dapat mewujudkan industri agro-pelancongan yang mampan.