Hubungan antara dimensi kecerdasan emosi, spiritual dan fizikal dengan daya tahan dalam kalangan guru sekolah menengah

Daya tahan merupakan faktor penyumbang kepada kejayaan seseorang guru untuk bertahan di dalam profesion keguruan. Masalah kurangnya daya tahan dalam kalangan guru boleh menjejaskan komitmen dan prestasi mereka sekiranya tidak diatasi. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji tahap daya tahan d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Osman, Mohd Salmi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66864/1/FPP%202016%2046%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66864/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Daya tahan merupakan faktor penyumbang kepada kejayaan seseorang guru untuk bertahan di dalam profesion keguruan. Masalah kurangnya daya tahan dalam kalangan guru boleh menjejaskan komitmen dan prestasi mereka sekiranya tidak diatasi. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji tahap daya tahan dalam kalangan guru sekolah menengah, serta hubungan kecerdasan emosi, kecerdasan spiritual dan kecerdasan fizikal dengan daya tahan dalam kalangan guru. Instrumen yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah kajian terdiri daripada Skala Daya Tahan Di Tempat Kerja (Resilience At Work Scale), Skala Kecerdasan Emosi (The Assessing Emotions Scale), Skala Kecerdasan Spiritual (Spiritual Involment And Beliefs Scales-Revised) dan Skala Kecerdasan Fizikal (Body Insight Scale). Instrumen ini telah dilengkapkan oleh 398 guru yang berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Sekolah Menengah Kebangsaan dalam Negeri Sarawak, yang telah dipilih dengan menggunakan kaedah Persampelan Kelompok Pelbagai Peringkat (Multistage Cluster Sampling). Dapatan kajian menunjukkan tahap daya tahan guru secara keseluruhan adalah tinggi (M = 4.64, SP = 0.503). Kajian turut mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap daya tahan berdasarkan faktor jantina dan lokasi (bandar dan luar bandar). Walau bagaimanapun, kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap daya tahan berdasarkan pengalaman mengajar guru. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara kecerdasan emosi (r = 0.571**, p = 0.01), kecerdasan spiritual (r = 0.496**, p = 0.01) dan kecerdasan fizikal (r = 0.587**, p = 0.01) dengan daya tahan dalam kalangan guru. Berdasarkan kepada analisis Regresi Berganda, dapatan menunjukkan kecerdasan fizikal (β = 0.359, p = 0.001) merupakan peramal utama terhadap daya tahan dalam kalangan guru. Sebagai kesimpulan, kajian ini mendapati ciri psikologikal guru iaitu kecerdasan emosi, kecerdasan spiritual dan kecerdasan fizikal mempunyai hubungan yang positif dengan daya tahan guru. Justeru, ketiga-tiga ciri psikologikal ini perlu diberi perhatian untuk meningkatkan tahap daya tahan guru.