Hubungkait antara personaliti, peranan gender, komunikasi, tekanan kewangan dan kualiti perkahwinan dalam kalangan individu muslim baru berkahwin di Lembah Klang, Malaysia
Kualiti perkahwinan adalah satu aspek penting dalam institusi keluargaan yang berfungsi membentuk kesejahteraan, kesihatan dan emosi individu. Dipercayai, individu yang mempunyai perkahwinan yang berkualiti cenderung untuk memiliki kesejahteraan hidup yang positif dalam pelbagai aspek kehidupa...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2016
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66759/1/FEM%202016%2047%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66759/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kualiti perkahwinan adalah satu aspek penting dalam institusi keluargaan yang berfungsi
membentuk kesejahteraan, kesihatan dan emosi individu. Dipercayai, individu yang
mempunyai perkahwinan yang berkualiti cenderung untuk memiliki kesejahteraan hidup
yang positif dalam pelbagai aspek kehidupan seperti kesejahteraan mental, fizikal, dan
emosi. Faktor-faktor dalam Model Vulnerability Stress Adaptation (VSA) menerangkan
ciri-ciri vulnerabiliti, proses adaptasi dan tekanan dilihat mampu mempengaruhi kualiti
hubungan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji perhubungan di
antara personaliti, peranan gender, komunikasi dan tekanan kewangan ke atas kualiti
perkahwinan. Sebagai tambahan, kajian juga mengkaji kesan pengantara komunikasi di
antara pemboleh ubah berkaitan dengan kualiti perkahwinan.
Seramai 549 responden beragama Islam yang telah berkahwin dalam tempoh kurang 24
bulan di sekitar Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dijadikan
sampel dan teknik pensampelan bertujuan dan bola salji telah digunakan. Instrumen
“Dyadic Adjustment Scale”, “The Three Couple Scale PREPARED/ENRICH: Marital
Satisfaction, Communication and Conflict Resolution”, “Goldberg‟s Unipolar Big Five
Markers”, “The Attitude towards Gender Roles Scale” dan “InCharge Financial
Distress/Financial Well-Being Scale” digunakan untuk mengukur pemboleh ubah yang
berkaitan. Kebolehpercayaan yang tinggi dicatatkan untuk semua instrumen yang telah
diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Analisis univariat, bivariat dan multivariat telah
dijalankan untuk menjawab objektif kajian. Hasil kajian mendapati pendidikan, emotional stability, extraversion, openess,
agreeableness, conscientiousness dan komunikasi mempunyai perkaitan signifikan yang
positif dengan kualiti perkahwinan manakala peranan gender dan tekanan kewangan
mempunyai perkaitan signifikan yang negatif dengan kualiti perkahwinan. Analisis regresi
berganda pula mendapati agreeableness, neuroticism, komunikasi dan tekanan kewangan
adalah penyumbang faktor peramal yang signifikan kepada kualiti perkahwinan. Walau
bagaimanapun, komunikasi menjadi faktor peramal yang kuat berbanding faktor lain.
Analisis regresi mediator mendapati komunikasi menjadi pengantara perubahan antara
personaliti emotional stability, extraversion, openess, agreeableness, conscientiousness
dengan kualiti perkahwinan. Justeru, dapatan kajian menyokong model VSA dalam
menerangkan hubung kait antara personaliti, peranan gender, komunikasi dan tekanan
kewangan dengan kualiti perkahwinan. Peranan komunikasi dilihat sangat kritikal dalam
menjayakan proses interaksi antara pasangan baru berkahwin. |
---|