Eksplorasi minat dan faktor dalam pemilihan kerjaya pertanian dalam kalangan belia

Dalam memacu negara ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi, sektor pertanian negara perlu dipastikan terjamin dan terkawal, sama ada melalui penghasilannya atau melalui aktiviti perdagangan. Ini kerana sektor pertanian adalah sektor yang kritikal dan penting kepada negara kerana pertanian dapa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sidek, Syahida, Mohd Puad, Mohd Hazwan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66702/1/MEDC%202018-10.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66702/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam memacu negara ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi, sektor pertanian negara perlu dipastikan terjamin dan terkawal, sama ada melalui penghasilannya atau melalui aktiviti perdagangan. Ini kerana sektor pertanian adalah sektor yang kritikal dan penting kepada negara kerana pertanian dapat menjamin sumber makanan dan kelangsungan kepada negara (Abdul Rashid et. al, 2009). Dalam memastikan jaminan dalam industri pertanian, keperluan tenaga kerja dan sumber manusia adalah isu utama yang perlu ditangani oleh negara. Maka, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu mengetuai usaha membekalkan tenaga kerja mahir mahu pun separa mahir dalam bidang pertanian. Isu pada hari ini ialah kurangnya penglibatan belia secara terus dalam bidang pertanian seterusnya menjadikan bidang pertanian bukan sebagai kerjaya pilihan. Ini berpunca dari minat mereka yang kurang untuk menceburi pertanian sebagai kerjaya pilihan (Rohana, 2010). Penyelidik telah menjalankan kajian untuk meneroka dengan lebih mendalam mengenai orientasi minat pelajar dalam memilih kerjaya pertanian. Seterusnya, kajian ini mengeksplorasi pembentukan minat pelajar termasuk juga faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar ke arah bidang pertanian. Kajian ini telah dijalankan secara kualitatif dengan informan dalam kalangan pelajar yang mengambil bidang pertanian. Hasil dapatan kajian mendapati faktor keluarga, persekitaran, pengetahuan, dan diri sendiri menjadi faktor utama yang menyumbang kepada minat pelajar. Pihak pemegang taruh utama pendidikan dicadangkan memfokus kepada faktor-faktor tersebut dalam memastikan minat pelajar sentiasa tinggi untuk menjadikan kerjaya pertanian sebagai kerjaya utama. Ini penting bagi memastikan modal insan sentiasa cukup dan berkelayakan seterusnya dapat menjamin kelangsungan negara dalam bidang pertanian.