Tingkahlaku pembelian dalam kalangan pengguna baru di Malaysia dan perbandingannya dengan negara maju

Budaya kepenggunaan kini telah berubah daripada pembelian yang melampau kepada pembelian yang lebih lestari. Walaupun begitu, tingkahlaku pembelian yang lebih lestari mungkin masih lagi baru di Malaysia, tetapi tidak di negara maju. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tingkahlaku pembelian dala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zainal Badari, Shamsul Azahari, Hashim, Ahmad Hariza, Sabri, Mohamad Fazli, Othman, Mohd Amim, Zulkifli, Normaziah, Mat Arisah, Farhan
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66617/1/MACFEA2015-1.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66617/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Budaya kepenggunaan kini telah berubah daripada pembelian yang melampau kepada pembelian yang lebih lestari. Walaupun begitu, tingkahlaku pembelian yang lebih lestari mungkin masih lagi baru di Malaysia, tetapi tidak di negara maju. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tingkahlaku pembelian dalam kalangan pengguna baru di Malaysia dan membandingkannya Malaysia dengan beberapa negara maju terpilih. Kajian berbentuk survei ini dijalankan keatas 846 oreng responden dari lapan buah universiti awam yang mewakili empat zon iaitu utara, selatan, timur dan tengah Semenanjung Malaysia. Responden dipilih secara rawak mudah dan perlu menjawab sendiri borang soal selidik yang disediakan. Borang soal selidik terdiri daripada beberapa bahagian iaitu i) latarbelakang responden, ii) isu alam sekitar, krisis sosial, kewangan, dan pemakanan, iii) kuasa beli pengguna, iv) perniagaan/kapitalisme dan v) nilai pengguna. Kutipan data dijalankan dalam semester kedua, sesi 2014-2015. Data kajian dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan responden mempunyai persepsi yang tinggi bagi kesemua isu/faktor yang ditanya berkaitan dengan tingkahlaku pembelian mereka. Perbandingan dengan negara maju juga menunjukkan peratusan yang tinggi dalam kalangan responden, mungkin kerana responden yang masih menuntut di universiti lebih memahami dan menerima isu yang dikemukan dalam borang soal selidik ini. Kesimpulannya, persepsi tingkahlaku pembelian dalam kalangan responden adalah tinggi dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi tingkahlaku pembelian yang lebih lestari dalam kalangan pengguna baru di Malaysia.