Medan maklumat dalam Kamus Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia

Kajian bidang leksikografi ini menyelidik perbandingan medan maklumat antara dua buah kamus ekabahasa Melayu, iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Keempat. Medan maklumat merujuk kepada jenis maklumat dalam kamus seperti ejaan, sebutan, makna, tatabahasa, etimolo...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Chong, Oi Chin, Subramaniam, Vijayaletchumy, Salleh, Che Ibrahim
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66192/1/Medan%20maklumat%20dalam%20Kamus%20Dewan%20dan%20Kamus%20Besar%20Bahasa%20Indonesia.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66192/
http://www.fbmk.upm.edu.my/upload/dokumen/20180724120938JURNAL_MAHAWANGSA_NOVEMBER_2017.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian bidang leksikografi ini menyelidik perbandingan medan maklumat antara dua buah kamus ekabahasa Melayu, iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Keempat. Medan maklumat merujuk kepada jenis maklumat dalam kamus seperti ejaan, sebutan, makna, tatabahasa, etimologi, penggunaan kata, silang kata, dan sebagainya Data kajian pula terdiri daripada 1087 entri yang dipilih secara rawak mudah dan bersistematik. Kaedah kajian ialah kaedah kepustakaan dan analisis kandungan. Data dianalisis secara deskriptif asas. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan medan maklumat dalam Kamus Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia berdasarkan penggunaan prinsip umum leksikografi. Pelbagai aspek terkandung dalam medan atau kategori maklumat dalam sesebuah kamus. Sebanyak enam aspek sahaja yang akan dibincangkan dalam kajian ini, iaitu ejaan, penyusunan entri atau kata masukan, sebutan, penggunaan kata, etimologi, dan rujuk silang. Hasil kajian menunjukkan bahawa memang wujud perbedaan, persamaan dan kekurangan dalam medan maklumat keduadua buah kamus tersebut. Kelebihan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan medan maklumat dalam sesebuah kamus ekabahasa Melayu membantu pihak penyusun kamus menghasilkan sesebuah kamus yang berwibawa. Kajian ini mendedahkan para pengguna, khususnya para pendidik, pelajar dan ahli akademik tentang kepentingan medan maklumat dalam kamus.