Kesan penggunaan kad garis terhadap murid kelas 3 Merah untuk menulis dengan cantik

Kajian ini membincangkan ‘Kesan Penggunaan Kad Garis Terhadap Murid Kelas 3 Merah Untuk Menulis Dengan Cantik’, menyasarkan murid kelas 3 Merah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Raja Muda (Integrasi), Seksyen 4, Shah Alam. Bilangan murid yang terlibat terdiri daripada tujuh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hassan, Suradi, Said, Rozita @ Radhiah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66095/1/GREduc2015-41.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66095/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan ‘Kesan Penggunaan Kad Garis Terhadap Murid Kelas 3 Merah Untuk Menulis Dengan Cantik’, menyasarkan murid kelas 3 Merah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Raja Muda (Integrasi), Seksyen 4, Shah Alam. Bilangan murid yang terlibat terdiri daripada tujuh orang iaitu lima orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Pakar perubatan yang diiktiraf kerajaan Malaysia telah mengkategorikan murid-murid ini sebagai bermasalah pembelajaran iaitu lembam. Tinjauan awal melalui pemerhatian dan lembaran kerja mendapati murid kelas ini menghadapi masalah kurang memberi tumpuan, gemar berbual, suka bermain, kerap mengganggu rakan sekelas dan membuat bising yang menyebabkan mereka tidak fokus dan sukar menulis dengan cantik. Oleh itu, satu cara dibuat dibuat dengan menggunakan kad garis sebagai alternatif untuk membantu murid kelas 3 Merah ini memberikan penumpuan terhadap tulisan agar dapat menulis dengan cantik, teratur dan betul. Setelah kajian tindakan dijalankan selama dua bulan, didapati terdapat unsur-unsur positif iaitu murid kelas 3 Merah dapat menulis dengan lebih cantik dan teratur, menulis tanpa bantuan guru dan lebih fokus di dalam kelas. Selain itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu lebih menyeronokkan kerana kad garis tersebut dijadikan sebagai bahan bantu belajar yang kreatif dan inovatif. Tambahan pula, penggunaan pen marker dan pen magik adalah salah satu teknik pengajaran yang berkesan seterusnya menjadikan aktiviti murid lebih menyeronokkan.