Sumbangan kewangan sukarelawan alumni dan hubungannya dengan pencapaian akademik murid tingkatan empat

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara penglibatan sukarelawan alumni di sekolah dengan pencapaian akademik murid. Kajian tinjauan ini dijalankan di sebuah sekolah berasrama penuh dan sebuah sekolah menengah kebangsaan satu jantina. Penglibatan sukarelawan alumni diukur melal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Durasnita, Che Hassan, Norlizah, Suandi, Turiman
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66077/1/GREduc2015-23.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66077/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara penglibatan sukarelawan alumni di sekolah dengan pencapaian akademik murid. Kajian tinjauan ini dijalankan di sebuah sekolah berasrama penuh dan sebuah sekolah menengah kebangsaan satu jantina. Penglibatan sukarelawan alumni diukur melalui sumbangan kewangan alumni kepada sekolah melalui bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa kepada murid, membaik pulih bangunan, sumbangan acara-acara khas sekolah terutama hadiah kecemerlangan murid, pengutipan dana untuk sekolah dan penajaan murid ke pertandingan dan berkursus. Analisis kajian mendapati wujud hubungan signifikan yang positif antara sumbangan kewangan sukarelawan alumnidi sekolah berasrama penuh jantina lelaki (n=30), dengan pencapaian akademik murid tingkatan empat, r = .431, P= 0.017. Hubungan signifikan yang positif juga wujud antara sumbangan kewangan sukarelawan alumni di sekolah menengah kebangsaan jantina perempuan (n=30) dengan pencapaian akademik murid tingkatan empat, r= .383, P=0.036. Hasil kajian ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pihak sekolah dengan membuka pintu kepada sukarelawan alumni yang mahu kembali menyumbang kepada alma mater.