Pelibatan ibu bapa dan implikasinya terhadap pencapaian akademik

Kertas konsep ini memfokuskan huraian terhadap kajian literatur pelibatan ibu bapa, perbandingan kajian lalu dalam konteks di Malaysia, negara-negara ASEAN dan barat secara ringkas serta implikasi pelibatan ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar. Isu pelibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Omar, Rosmaria, Ahmad, Nor Aniza
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66074/1/GREduc2015-20.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66074/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas konsep ini memfokuskan huraian terhadap kajian literatur pelibatan ibu bapa, perbandingan kajian lalu dalam konteks di Malaysia, negara-negara ASEAN dan barat secara ringkas serta implikasi pelibatan ibu bapa terhadap pencapaian akademik pelajar. Isu pelibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah telah dikaji sejak dari tahun 1990-an lagi. Pada era kini, semua pihak tidak kira pentadbir sekolah, guru, pihak kerajaan mahupun ibu bapa sendiri mula mengambil perhatian yang lebih serius. Pihak pentadbir dan guru memainkan peranan yang penting sebagai penghubung, pihak kerajaan pula bertindak mengawasi polisi yang sedia ada untuk diteruskan bagi membantu pencapaian akademik pelajar. Manakala, ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan masa depan anak-anak mereka lebih cemerlang dalam bidang akademik. Melalui kajian-kajian lalu, pelibatan ibu bapa dilaporkan dapat membantu pencapaian pelajar untuk lebih fokus dalam pelajaran mereka. Pelibatan ibu bapa memberi kesan yang positif terhadap pencapaian pelajar. Malahan, memberi panduan kepada pengkaji akan datang untuk meneruskan kajian mengenai pelibatan ibu bapa ini dijalankan.