Pengalaman kaunseling individu dan kesannya terhadap perkembangan sahsiah pelajar Sekolah Menengah di Daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia

Peranan perkhidmatan kaunseling individu di sekolah termasuk membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin pelajar, membantu peningkatan akademik, kepimpinan, kerjaya dan memulihkan masalah sahsiah pelajar di sekolah. Tujuannya supaya setiap pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zakaria, Mohd Syukarmi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/65669/1/FPP%202016%207IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/65669/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.65669
record_format eprints
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
description Peranan perkhidmatan kaunseling individu di sekolah termasuk membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin pelajar, membantu peningkatan akademik, kepimpinan, kerjaya dan memulihkan masalah sahsiah pelajar di sekolah. Tujuannya supaya setiap pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam sesi kaunseling individu, guru bimbingan dan kaunseling membantu individu membuat pilihan atau keputusan sendiri untuk mencapai sesuatu matlamat. Setelah beberapa dekad perkhidmatan ini wujud di sekolah menengah, persoalan yang timbul ialah sejauhmanakah keberkesanan kaunseling individu dalam mengembangkan sahsiah pelajar? Untuk menjawab persoalan ini, tiga objektif kajian telah dibentuk, iaitu: (1) memahami pengalaman kaunseling individu dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat, Selangor (SMDHL); (2) mengenal pasti pengalaman kaunseling individu terhadap perkembangan sahsiah pelajar di SMDHL dan (3) mengenal pasti kesan kaunseling individu terhadap perkembangan sahsiah pelajar di SMDHL. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif, khususnya kajian kes. Peserta kajian terdiri daripada enam orang pelajar yang pernah menjalani sesi kaunseling individu dan empat orang guru bimbingan dan kaunseling. Data dari temubual separa berstruktur dianalisis menggunakan analisis kandungan dan perisian Atlas-Ti Versi-7. Analisis berkenaan menghasilkan pelbagai tema bagi setiap soalan kajian (SK). Bagi SK1, tema yang muncul ialah (1) pengalaman guru bimbingan dan kaunseling (PK), (2) pengalaman peserta pelajar (PP) menjalani sesi kaunseling (3) Pengalaman PK menjalankan sesi kaunseling individu. Bagi SK2, lima tema berkaitan faktor perkembangan sahsiah muncul iaitu: (1) faktor pendorong pelajar merujuk kepada PK (2) faktor penghalang; (3) faktor berkaitan proses kaunseling individu yang membantu perkembangan sahsiah pelajar; (4) faktor selain kaunseling individu yang membantu; dan (5) faktor penambahbaikan kaunseling individu terhadap perkembangan sahsiah; Bagi SK3, dua tema muncul iaitu: (1) rumusan PP kesan kaunseling individu terhadap perkembangan sahsiah; dan (2) rumusan PK kesan dari kaunseling individu terhadap perkembangan sahsiah pelajar. Secara keseluruhannya, PK menyatakan terdapat tujuh perkara yang membantu perkembangan sahsiah pelajar, iaitu: (1) guru bimbingan kaunseling dan semua pihak harus faham tugas membentuk perkembangan sahsiah pelajar; (2) kaunseling individu harus diberi keutamaan berbanding kaunseling kelompok; (3) perkembangan sahsiah pelajar bermula daripada rumah; (4) ibu bapa harus pandai menilai lakonan anak-anak; (5) beri peluang kepada guru untuk mendidik para pelajar; (6) pelajar yang datang menjalani sesi kaunseling boleh berjaya; dan (7) kerap menjalani sesi kaunseling serta perlu pemantauan yang berterusan terhadap pelajar. Dari pandangan PP pula, terdapat enam kesan perkembangan terhadap sahsiah pelajar yang dapat dibina hasil daripada menjalani sesi kaunseling seperti berikut: (1) bersemangat dan suka bertanya; kedua; (2) rasa lebih baik; (3) rasa diberi perhatian; (4) belajar membuat keputusan sendiri untuk berubah; (5) tidak suka memprotes dan membuat provokasi; dan (6) sedar kesilapan lalu. Keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa kaunseling individu berkesan terhadap perkembangan aspek sahsiah pelajar sekolah menengah di daerah Hulu Langat, Selangor. Kajian ini memberikan implikasi bahawa guru bimbingan dan kaunseling perlu mengutamakan aspek perkhidmatan kaunseling individu di sekolah dan dicadangkan agar kajian pada masa akan datang diluaskan kepada aspek perkembangan disiplin, akhlak, modal insan dan sebagainya.
format Thesis
author Zakaria, Mohd Syukarmi
spellingShingle Zakaria, Mohd Syukarmi
Pengalaman kaunseling individu dan kesannya terhadap perkembangan sahsiah pelajar Sekolah Menengah di Daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia
author_facet Zakaria, Mohd Syukarmi
author_sort Zakaria, Mohd Syukarmi
title Pengalaman kaunseling individu dan kesannya terhadap perkembangan sahsiah pelajar Sekolah Menengah di Daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia
title_short Pengalaman kaunseling individu dan kesannya terhadap perkembangan sahsiah pelajar Sekolah Menengah di Daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia
title_full Pengalaman kaunseling individu dan kesannya terhadap perkembangan sahsiah pelajar Sekolah Menengah di Daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia
title_fullStr Pengalaman kaunseling individu dan kesannya terhadap perkembangan sahsiah pelajar Sekolah Menengah di Daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia
title_full_unstemmed Pengalaman kaunseling individu dan kesannya terhadap perkembangan sahsiah pelajar Sekolah Menengah di Daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia
title_sort pengalaman kaunseling individu dan kesannya terhadap perkembangan sahsiah pelajar sekolah menengah di daerah hulu langat, selangor, malaysia
publishDate 2016
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/65669/1/FPP%202016%207IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/65669/
_version_ 1643838375133708288
spelling my.upm.eprints.656692018-10-08T06:41:09Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/65669/ Pengalaman kaunseling individu dan kesannya terhadap perkembangan sahsiah pelajar Sekolah Menengah di Daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia Zakaria, Mohd Syukarmi Peranan perkhidmatan kaunseling individu di sekolah termasuk membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin pelajar, membantu peningkatan akademik, kepimpinan, kerjaya dan memulihkan masalah sahsiah pelajar di sekolah. Tujuannya supaya setiap pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam sesi kaunseling individu, guru bimbingan dan kaunseling membantu individu membuat pilihan atau keputusan sendiri untuk mencapai sesuatu matlamat. Setelah beberapa dekad perkhidmatan ini wujud di sekolah menengah, persoalan yang timbul ialah sejauhmanakah keberkesanan kaunseling individu dalam mengembangkan sahsiah pelajar? Untuk menjawab persoalan ini, tiga objektif kajian telah dibentuk, iaitu: (1) memahami pengalaman kaunseling individu dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat, Selangor (SMDHL); (2) mengenal pasti pengalaman kaunseling individu terhadap perkembangan sahsiah pelajar di SMDHL dan (3) mengenal pasti kesan kaunseling individu terhadap perkembangan sahsiah pelajar di SMDHL. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif, khususnya kajian kes. Peserta kajian terdiri daripada enam orang pelajar yang pernah menjalani sesi kaunseling individu dan empat orang guru bimbingan dan kaunseling. Data dari temubual separa berstruktur dianalisis menggunakan analisis kandungan dan perisian Atlas-Ti Versi-7. Analisis berkenaan menghasilkan pelbagai tema bagi setiap soalan kajian (SK). Bagi SK1, tema yang muncul ialah (1) pengalaman guru bimbingan dan kaunseling (PK), (2) pengalaman peserta pelajar (PP) menjalani sesi kaunseling (3) Pengalaman PK menjalankan sesi kaunseling individu. Bagi SK2, lima tema berkaitan faktor perkembangan sahsiah muncul iaitu: (1) faktor pendorong pelajar merujuk kepada PK (2) faktor penghalang; (3) faktor berkaitan proses kaunseling individu yang membantu perkembangan sahsiah pelajar; (4) faktor selain kaunseling individu yang membantu; dan (5) faktor penambahbaikan kaunseling individu terhadap perkembangan sahsiah; Bagi SK3, dua tema muncul iaitu: (1) rumusan PP kesan kaunseling individu terhadap perkembangan sahsiah; dan (2) rumusan PK kesan dari kaunseling individu terhadap perkembangan sahsiah pelajar. Secara keseluruhannya, PK menyatakan terdapat tujuh perkara yang membantu perkembangan sahsiah pelajar, iaitu: (1) guru bimbingan kaunseling dan semua pihak harus faham tugas membentuk perkembangan sahsiah pelajar; (2) kaunseling individu harus diberi keutamaan berbanding kaunseling kelompok; (3) perkembangan sahsiah pelajar bermula daripada rumah; (4) ibu bapa harus pandai menilai lakonan anak-anak; (5) beri peluang kepada guru untuk mendidik para pelajar; (6) pelajar yang datang menjalani sesi kaunseling boleh berjaya; dan (7) kerap menjalani sesi kaunseling serta perlu pemantauan yang berterusan terhadap pelajar. Dari pandangan PP pula, terdapat enam kesan perkembangan terhadap sahsiah pelajar yang dapat dibina hasil daripada menjalani sesi kaunseling seperti berikut: (1) bersemangat dan suka bertanya; kedua; (2) rasa lebih baik; (3) rasa diberi perhatian; (4) belajar membuat keputusan sendiri untuk berubah; (5) tidak suka memprotes dan membuat provokasi; dan (6) sedar kesilapan lalu. Keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa kaunseling individu berkesan terhadap perkembangan aspek sahsiah pelajar sekolah menengah di daerah Hulu Langat, Selangor. Kajian ini memberikan implikasi bahawa guru bimbingan dan kaunseling perlu mengutamakan aspek perkhidmatan kaunseling individu di sekolah dan dicadangkan agar kajian pada masa akan datang diluaskan kepada aspek perkembangan disiplin, akhlak, modal insan dan sebagainya. 2016-07 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/65669/1/FPP%202016%207IR.pdf Zakaria, Mohd Syukarmi (2016) Pengalaman kaunseling individu dan kesannya terhadap perkembangan sahsiah pelajar Sekolah Menengah di Daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
score 13.209306