Tekanan, penyesuaian siri dan kerelaan mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar prasiswazah universiti swasta

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti korelasi antara tekanan dan penyesuaian diri pelajar tahun pertama universiti swasta dengan kerelaan mereka untuk mendapat perkhidmatan kaunseling. Sampel kajian terdiri daripada 385 orang pelajar tahun pertama yang diambil secara persampelan rawak strata...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yiew, Sook Pin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64793/1/FPP%202015%2042IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64793/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti korelasi antara tekanan dan penyesuaian diri pelajar tahun pertama universiti swasta dengan kerelaan mereka untuk mendapat perkhidmatan kaunseling. Sampel kajian terdiri daripada 385 orang pelajar tahun pertama yang diambil secara persampelan rawak strata daripada empat buah universiti swasta di Lembah Klang. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian korelasi. Alat kajian yang digunakan terdiri daripada Recent Perceived Stress Questionnaire (Recent PSQ) untuk mengukur tahap tekanan pelajar, Student Adaptation to College Questionnaire (SACQ) untuk mengukur penyesuaian diri pelajar di universiti, dan Inventory of Attitudes toward Seeking Mental Health Services (IASMHS) untuk melihat kerelaan pelajar mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan ujian korelasi Pearson dan Multiple Linear Regression. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat korelasi negatif yang signifikan antara penyesuaian diri dan tekanan pelajar dengan petunjuk r = -.605, p<.05. Korelasi antara tekanan dengan kerelaan mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar tahun pertama universiti swasta juga didapati signifikan secara negatif, dengan petunjuk r = -.178, p<.05. Selain itu,hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat korelasi positif yang signifikan antara penyesuaian diri dengan kerelaan pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dengan petunjuk r = .192, p<.05. Keputusan Multiple Linear Regression menunjukkan bahawa tekanan dan penyesuaian diri mempunyai pengaruh yang signifikan kepada kerelaan mendapatkan perkhidmatan kaunseling, R2 = .043, F(2,375) = 8.333; p<.05. Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan tekanan dan masalah penyesuaian diri pelajar merupakan peramal kepada kerelaan mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Keputusan kajian ini juga didapati telah mencapai tujuan kajian ini. Hasil daripada dapatan kajian ini dapat memberikan gambaran kepada kaunselor dan pendidik IPTS tentang tahap tekanan dan masalah penyesuaian diri pelajar tahun pertama. Selain itu,kajian ini juga memberikan panduan kepada para kaunselor tentang kepentingan perkhidmatan kaunseling kepada para pelajar dan keperluan meneroka cara pelaksanaan perkhidmatan kaunseling yang berkesan. Secara keseluruhannya hasil dapatan kajian ini memberikan implikasi yang amat berguna dalam profesion kaunseling pada tahap universiti, terutamanya tentang kualiti perkhidmatan yang dibekalkan oleh para kaunselor.