Kesan Perlaksanaan Modul Kerjaya Terhadap Kematangan Kerjaya Pelajar Sekolah Menengah Di Selangor

Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan perlaksanaan modul kerjaya terhadap kematangan kerjaya pelajar di sebuah sekolah menengah di Negeri Selangor. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian true experimental, iaitu reka bentuk kumpulan kawalan rawak praujian-pasca ujian. Sampel kajian ter...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tan, Wat Jin
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6462/1/FPP_2005_23.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6462/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan perlaksanaan modul kerjaya terhadap kematangan kerjaya pelajar di sebuah sekolah menengah di Negeri Selangor. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian true experimental, iaitu reka bentuk kumpulan kawalan rawak praujian-pasca ujian. Sampel kajian terdiri daripada 40 pelajar Tingkatan Empat yang diagihkan kepada dua kumpulan mengikut kaedah persampelan rawak mudah. Dua kumpulan tersebut adalah kumpulan eksperimen yang mendapat rawatan dan kumpulan kawalan yang tidak diberi apa-apa rawatan. Kumpulan eksperimen menjalani rawatan selama tujuh belas hari menggunakan modul kerjaya yang mengandungi enam bahagian yang dihasilkan oleh Hanid Abdul Halit. Kedua-dua kumpulan ini telah diberikan lnventori Kematangan Kerjaya (Crites & Savickas, 1995) sebelum dan selepas rawatan. Inventori Kematangan Kerjaya digunakan kerana alat ukuran ini sesuai untuk mengukur tahap kematangan kerjaya pelajar. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif (min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus) serta statistik inferensi (ujian-t). Keputusan kajian menunjukkan bahawa modul kerjaya dapat meningkatkan kematangan kerjaya di kalangan pelajar secara berkesan. Kumpulan eksperimen menunjukkan signifikan hasil daripada kesan perlaksanaan program iaitu [t(19) = -8.682, p < .05]. Dapatan kajian ini menunjukkan betapa perlu dan pentingnya Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan Program Kerjaya dalam kurikulum sekolah untuk membantu perkembangan dan kematangan kerjaya pelajar.