Makna ayat tanya dalam novel Lentera Mustika

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis ayat tanya yang terkandung dalam novel Lentera Mustika, penulisan Nisah Haron terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd. (2009). Aspek-aspek yang ditumpukan dalam kajian ini ialah berfokuskan kepada kepelbagaian jenis dan makna ayat tanya yang telah dipi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Alias, Siti Salbiah, Sha'ri, Sharil Nizam, Mohd Hanafiah, Halis Azhan, Musanif, Ahmad Mahmood
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64593/1/Makna%20ayat%20tanya%20dalam%20novel%20Lentera%20Mustika.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64593/
http://journal.kuis.edu.my/jsass/issues/jsass-vol-4-bil-2-2017#artikel-16-31
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis ayat tanya yang terkandung dalam novel Lentera Mustika, penulisan Nisah Haron terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd. (2009). Aspek-aspek yang ditumpukan dalam kajian ini ialah berfokuskan kepada kepelbagaian jenis dan makna ayat tanya yang telah dipilih. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan dan kaedah analisis kandungan teks. Kaedah penyelidikan kepustakaan digunakan bagi mengumpul maklumat yang berkaitan dengan makna dan ayat tanya. Kaedah anlisis teks pula digunakan bagi menganalisis ayat tanya berdasarkan teks kajian yang dipilih. Hasil analisis mendapati ayat tanya dalam konteks wacana mempunyai kepelbagaian makna dan fungsi, bukannya sekadar ayat tanya yang hanya terdiri daripada bentuk dan jenis-jenisnya sahaja. Justeru, kajian ini diharapkan dapat memberi satu fahaman dan idea baharu terhadap kepelbagaian jenis dan makna ayat tanya. Seterusnya akan melenyapkan tanggapan sebilangan pihak yang beranggapan ayat tanya hanya dikaitkan dengan persoalan yang memerlukan jawapan.