Gambaran kehendak watak orang kurang upaya (OKU) dalam novel Lambaian Kinabalu

Kajian ini dijalankan dengan bertitik tolak daripada fahaman bahawa manusia dilahirkan dengan mempunyai kehendak yang berbeza di antara satu sama lain. Dalam hal ini, Orang Kurang Upaya (OKU) juga tidak terkecuali mempunyai kehendak mereka sendiri. Selalunya, kehendak manusia adalah untuk mendapatka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Nasir, Nor Afiza
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Kolej Universiti Islam Melaka 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64586/1/Gambaran%20kehendak%20watak%20orang%20kurang%20upaya%20%28OKU%29%20dalam%20novel%20Lambaian%20Kinabalu.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64586/
http://journal.kuim.edu.my/index.php/JK/article/view/127
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan dengan bertitik tolak daripada fahaman bahawa manusia dilahirkan dengan mempunyai kehendak yang berbeza di antara satu sama lain. Dalam hal ini, Orang Kurang Upaya (OKU) juga tidak terkecuali mempunyai kehendak mereka sendiri. Selalunya, kehendak manusia adalah untuk mendapatkan dan memperbaiki kehidupan ke arah yang lebih selesa. Dalam memenuhi kehendak tersebut manusia akan memikirkan langkah yang sesuai dalam memenuhi setiap kehendak itu. Oleh itu, objektif kajian ini ialah mengenal pasti kehendak-kehendak watak OKU dalam novel Lambaian Kinabalu di samping menganalisis masalah, tindakan dan kesan tindakan watak OKU dalam memenuhi setiap kehendak tersebut. Untuk mencapai objektif yang telah digariskan, kajian akan menggunakan teori Hierarki Kehendak Maslow (1970). Hasil dapatan menunjukkan setiap kehendak watak OKU wujud selari dengan apa yang digariskan dalam teori Hierarki Kehendak Manusia iaitu terdiri daripada kehendak tahap keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan diri dan tahap keperluan kesempurnaan kendiri.