Aliran perjalanan hidup manusia dalam Syair Jamad al-Qiamat

Makalah ini berfokus kepada aliran perjalanan hidup manusia bermula daripada alam roh sehinggalah alam akhirat dengan menggunakan naskhah Melayu Syair Jamad al-Qiamat. Makalah ini dimulai dengan latar belakang naskhah dan seterusnya menyentuh kepada pembahagian aspek dunia dan akhirat dalam syair in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rahman, Nadiatul Shakinah, Noor Muhammad, Salmah Jan, Sujud, Arba'ie
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Kolej Universiti Islam Melaka 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64576/1/Aliran%20perjalanan%20hidup%20manusia%20dalam%20Syair%20Jamad%20al-Qiamat.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64576/
http://journal.kuim.edu.my/index.php/JK/article/view/111
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini berfokus kepada aliran perjalanan hidup manusia bermula daripada alam roh sehinggalah alam akhirat dengan menggunakan naskhah Melayu Syair Jamad al-Qiamat. Makalah ini dimulai dengan latar belakang naskhah dan seterusnya menyentuh kepada pembahagian aspek dunia dan akhirat dalam syair ini. Kemudian, makalah ini turut membincangkan tentang kejadian terciptanya alam dunia, syurga dan neraka serta kejadian manusia. Selain itu, makalah ini turut menyentuh tujuan terciptanya alam dunia dan tujuan manusia hidup di dunia. Fokus utama makalah ini ialah menjelaskan lebih terperinci rentetan perjalanan hidup manusia bermula daripada terciptanya alam dunia dan manusia, perlakuan manusia di alam dunia, ketika tibanya hari kematian, kehidupan di alam kubur, manusia dibangkitkan di hari kebangkitan dan dikumpulkan di padang mahsyar serta golongan yang menjadi syafaat di akhirat kelak. Hasil tulisan ini mendapati bahawa topik yang telah dibincangkan ini juga turut diceritakan di dalam al-Quran dan hadis. Oleh itu, dengan terhasilnya makalah ini dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai perjalanan hidup manusia dan dijadikan sebagai pedoman, panduan dan peringatan kepada manusia.