Mau'izah remaja dalam novel Satu Bulan Tiga Bintang karya Ummu Hani Abu Hassan

Berdasarkan perspektif Islam, terdapat beberapa usaha yang dijalankan untuk membentuk keperibadian anak muda. Salah satu daripadanya konsep mau’izah, iaitu usaha nasihat dan menasihati, usaha sentiasa pesan dan memesan ke arah kebaikan, kebenaran dan kesabaran. Konsep mau’izah yang digambarkan dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kamarudin, Kamariah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64471/1/06-PROF.DR-Kamariah.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64471/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Berdasarkan perspektif Islam, terdapat beberapa usaha yang dijalankan untuk membentuk keperibadian anak muda. Salah satu daripadanya konsep mau’izah, iaitu usaha nasihat dan menasihati, usaha sentiasa pesan dan memesan ke arah kebaikan, kebenaran dan kesabaran. Konsep mau’izah yang digambarkan dalam Islam ini merupakan tunjang dalam pendidikan khususnya bagi membentuk sahsiah diri golongan remaja kepada nilai-nilai murni. Didapati bahawa mau’izah berguna bukan sahaja dalam pembinaan jiwa anak muda bahkan dalam proses menghidangkan bahan bacaan yang bermanfaat dalam masyarakat. Sejajar dengan itu, karya sastera khasnya novel remaja merupakan bahan bacaan yang berupaya membentuk perilaku dan sahsiah anak muda. Justeru, kajian ini merungkai mau’izah remaja dalam novel Satu Bulan Tiga Bintang karya Ummu Hani Abu Hassan bagi memperlihat sejauh mana usaha menasihati dan berpesan kepada kebaikan dan kebenaran ditampilkan pengarang kepada pembaca. Berdasarkan kajian ini jelas memperlihatkan bahawa konsep mau’izah dikemukakan pengarang dengan tujuan untuk membangunkan keperibadian remaja yang unggul mengikut garis panduan Islam dalam arus kemodenan dan teknologi hari ini. Menerusi usaha menasihati dan berpesan kepada kebaikan, kebenaran dan kesabaran telah menjadikan konsep mau’izah sebagai syarat utama dalam pembangunan manusiawi dan pembugaran insani.