Cabaran pendidikan tahfiz di Malaysia dalam melahirkan generasi al-Quran

Pendidikan tahfiz di Malaysia adalah antara aliran pendidikan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat. Sambutan yang menggalakkan itu mendorong pihak kerajaan mahupun swasta untuk membangunkan sekolah dan institusi tahfiz di negara ini. Fenomena ini berlaku didorong oleh krisis perma...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Fakhruddin, Fathiyah, Mohd Ayub, Ahmad Fauzi, Che Hassan, Norlizah, Wan Jaafar, Wan Marzuki, Abdul Mutalib, Lukman
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64442/1/fail3.cfm-2.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64442/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan tahfiz di Malaysia adalah antara aliran pendidikan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat. Sambutan yang menggalakkan itu mendorong pihak kerajaan mahupun swasta untuk membangunkan sekolah dan institusi tahfiz di negara ini. Fenomena ini berlaku didorong oleh krisis permasalahan akhlak yang berlaku dalam masyarakat. Sayyid Qutb telah mengusulkan agar pembentukan generasi al-Quran yang unggul perlu diusahakan bagi menangani masalah dalam masyarakat ketika itu. Walaupun cadangan Sayyid Qutb merupakan cadangan pada zamannya, namun ia tetap relevan untuk alaf kini. Generasi al-Quran unggul yang dimaksudkan merujuk kepada generasi yang menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan dalam pelbagai bidang kehidupan serta mengamalkan al-Quran dalam kehidupan seharian. Kajian yang dijalankan ini cuba meneliti sejauh mana pendidikan tahfiz di Malaysia memberi penekanan kepada melahirkan generasi al-Quran sebagaimana yang disarankan Sayyid Qutb. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual sebagai kaedah pengumpulan data. Partisipan kajian melibatkan pentadbir dan guru-guru di beberapa sekolah tahfiz terpilih. Dapatan menunjukkan pendidikan tahfiz di beberapa sekolah terpilih tidak menyatakan secara khusus bagi melahirkan generasi al-Quran. Namun, inisiatif bagi melahirkan generasi al-Quran dilaksanakan secara tidak langsungdan dalam parameter yang tidak menyeluruh. Kajian ini memberi isyarat penting agar pendidikan tahfiz memberi fokus secara jelas kepada pembentukan generasi al-Quran dalam kurikulum yang dibentuk.