Hubungan Antara Motivasi Integratif Dengan Pencapaian Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Persendirian Cina

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat dalam usaha seseorang pelajar Cina menguasai Bahasa Melayu dan menentukan hubungannya dengan prestasi pencapaian Bahasa Melayu. Kajian ini memberi tumpuan terhadap hubungan motivasi integratif dengan pencapaian Bahasa Mel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Teoh, Hee Chong
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6441/1/FPP_2005_10.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6441/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.6441
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.64412023-10-30T04:25:05Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6441/ Hubungan Antara Motivasi Integratif Dengan Pencapaian Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Persendirian Cina Teoh, Hee Chong Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat dalam usaha seseorang pelajar Cina menguasai Bahasa Melayu dan menentukan hubungannya dengan prestasi pencapaian Bahasa Melayu. Kajian ini memberi tumpuan terhadap hubungan motivasi integratif dengan pencapaian Bahasa Melayu di Sekolah Persendirian Cina, Malaysia. Kajian ini juga menyiasat hubungan pencapaian Bahasa Melayu dengan empat pemboleh ubah sikap/motivasi dalam model sosiopendidikan Gardner: sikap terhadap situasi pembelajaran, motivasi, orientasi integratif, dan orientasi instrumental. Model sosiopendidikan pemerolehan bahasa kedua menyarankan bahawa pembelajaran bahasa merupakan satu proses yang dinamik iaitu pemboleh ubah yang berkesan akan mempengaruhi pencapaian bahasa. Kajian ini mengubahsuai Attitude/Motivation Test Battery yang dimajukan oleh Gardner (1985). PMR (Penilaian Menengah Rendah), peperiksaan UEC ( United Examination Certificate), dan penilaian diri digunakan sebagai ukuran terhadap pencapaian Bahasa Melayu. Sampel kajian terdiri daripada 318 orang pelajar tingkatan empat (senior one) dalam bilik dajah yang formal di Sekolah Persendirian Cina, Kuala Lumpur. Dapatan kajian jelas menunjukkan korelasi antara pencapaian dengan motivasi adalah lebih tinggi (nilai Cramer's V = 0.195) berbanding pencapaian dengan motivasi integratif, sikap terhadap situasi pembelajaran, orientasi integratif, atau orientasi instrumental. Bagaimanapun, dapatan keseluruhan menunjukkan hubungan antara pencapaian dengan pemboleh ubah terlibat adalah lemah. Hanya motivasi integratif dan motivasi menunjukkan korelasi yang signifikan dengan pencapaian Bahasa Melayu. Hasil kajian menjelaskan bahawa pelajar perempuan lebih bermotivasi berbanding pelajar lelaki. Hasil kajian juga menjelaskan pelajar di Sekolah Persendirian Cina lebih cenderung kepada orientasi integratif berbanding orientasi instrumental. Walau bagaimanapun, perbezaan orientasi ini tidak wujud dari segi perbezaan jantina. Akhir sekali, kebanyakan pelajar Cina mempunyai sikap yang positif (71.4%) terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan kajian, boleh dirumuskan bahawa dapatan penyelidikan ini pada dasarnya mengesahkan model sosiopendidikan Gardner. Satu-satunya perbezaan ialah konsep motif integratif tidak menunjukkan korelasi yang tinggi seperti yang dijangkakan. Adalah dicadangkan bahawa guru hams mempelbagaikan alat pengukuran untuk menguji pencapaian pelajar dalam pembelajaran bahasa, meninggikan kemahiran metakognitif pelajar, strategi pembelajaran, meninggikan motivasi mereka, dan memberi kepastian terhadap orientasi integratif mereka. 2005-08 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6441/1/FPP_2005_10.pdf Teoh, Hee Chong (2005) Hubungan Antara Motivasi Integratif Dengan Pencapaian Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Persendirian Cina. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Malay language - Study and teaching(secondary) - Students, Chinese Malay
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
Malay
topic Malay language - Study and teaching(secondary) - Students, Chinese
spellingShingle Malay language - Study and teaching(secondary) - Students, Chinese
Teoh, Hee Chong
Hubungan Antara Motivasi Integratif Dengan Pencapaian Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Persendirian Cina
description Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat dalam usaha seseorang pelajar Cina menguasai Bahasa Melayu dan menentukan hubungannya dengan prestasi pencapaian Bahasa Melayu. Kajian ini memberi tumpuan terhadap hubungan motivasi integratif dengan pencapaian Bahasa Melayu di Sekolah Persendirian Cina, Malaysia. Kajian ini juga menyiasat hubungan pencapaian Bahasa Melayu dengan empat pemboleh ubah sikap/motivasi dalam model sosiopendidikan Gardner: sikap terhadap situasi pembelajaran, motivasi, orientasi integratif, dan orientasi instrumental. Model sosiopendidikan pemerolehan bahasa kedua menyarankan bahawa pembelajaran bahasa merupakan satu proses yang dinamik iaitu pemboleh ubah yang berkesan akan mempengaruhi pencapaian bahasa. Kajian ini mengubahsuai Attitude/Motivation Test Battery yang dimajukan oleh Gardner (1985). PMR (Penilaian Menengah Rendah), peperiksaan UEC ( United Examination Certificate), dan penilaian diri digunakan sebagai ukuran terhadap pencapaian Bahasa Melayu. Sampel kajian terdiri daripada 318 orang pelajar tingkatan empat (senior one) dalam bilik dajah yang formal di Sekolah Persendirian Cina, Kuala Lumpur. Dapatan kajian jelas menunjukkan korelasi antara pencapaian dengan motivasi adalah lebih tinggi (nilai Cramer's V = 0.195) berbanding pencapaian dengan motivasi integratif, sikap terhadap situasi pembelajaran, orientasi integratif, atau orientasi instrumental. Bagaimanapun, dapatan keseluruhan menunjukkan hubungan antara pencapaian dengan pemboleh ubah terlibat adalah lemah. Hanya motivasi integratif dan motivasi menunjukkan korelasi yang signifikan dengan pencapaian Bahasa Melayu. Hasil kajian menjelaskan bahawa pelajar perempuan lebih bermotivasi berbanding pelajar lelaki. Hasil kajian juga menjelaskan pelajar di Sekolah Persendirian Cina lebih cenderung kepada orientasi integratif berbanding orientasi instrumental. Walau bagaimanapun, perbezaan orientasi ini tidak wujud dari segi perbezaan jantina. Akhir sekali, kebanyakan pelajar Cina mempunyai sikap yang positif (71.4%) terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan kajian, boleh dirumuskan bahawa dapatan penyelidikan ini pada dasarnya mengesahkan model sosiopendidikan Gardner. Satu-satunya perbezaan ialah konsep motif integratif tidak menunjukkan korelasi yang tinggi seperti yang dijangkakan. Adalah dicadangkan bahawa guru hams mempelbagaikan alat pengukuran untuk menguji pencapaian pelajar dalam pembelajaran bahasa, meninggikan kemahiran metakognitif pelajar, strategi pembelajaran, meninggikan motivasi mereka, dan memberi kepastian terhadap orientasi integratif mereka.
format Thesis
author Teoh, Hee Chong
author_facet Teoh, Hee Chong
author_sort Teoh, Hee Chong
title Hubungan Antara Motivasi Integratif Dengan Pencapaian Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Persendirian Cina
title_short Hubungan Antara Motivasi Integratif Dengan Pencapaian Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Persendirian Cina
title_full Hubungan Antara Motivasi Integratif Dengan Pencapaian Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Persendirian Cina
title_fullStr Hubungan Antara Motivasi Integratif Dengan Pencapaian Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Persendirian Cina
title_full_unstemmed Hubungan Antara Motivasi Integratif Dengan Pencapaian Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Persendirian Cina
title_sort hubungan antara motivasi integratif dengan pencapaian bahasa melayu dalam kalangan pelajar sekolah persendirian cina
publishDate 2005
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6441/1/FPP_2005_10.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6441/
_version_ 1781706755244294144
score 13.15806