Kesan kerjasama dalam aktiviti berkumpulan terhadap kualiti perhubungan pelajar di universiti

Walaupun kepelbagaian etnik, agama dan budaya merupakan satu kebanggaan, Malaysia tidak pernah sunyi daripada isu-isu etnik dan agama yang sensitif. Terkini isu pergaduhan etnik di Plaza Low Yat telah menimbulkan persoalan adakah hubungan antara etnik di Malaysia semakin rapuh? Jika benar, apakah m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ab. Majid, Arfah, Talib, Ahmad Tarmizi, Darshan Singh, Sarjit Singh, Ahmad, Zaid
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64251/1/COSNA-1.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64251/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Walaupun kepelbagaian etnik, agama dan budaya merupakan satu kebanggaan, Malaysia tidak pernah sunyi daripada isu-isu etnik dan agama yang sensitif. Terkini isu pergaduhan etnik di Plaza Low Yat telah menimbulkan persoalan adakah hubungan antara etnik di Malaysia semakin rapuh? Jika benar, apakah mekanisme untuk memperbaiki hubungan ini? Menurut Teori Perhubungan (Contact Theory) yang diperkenalkan oleh Gordon Allport (1954), hubungan antara etnik dapat diperbaiki sekiranya sesuatu perhubungan itu memenuhi empat syarat iaitu persamaan status, persamaan matlamat, keizinan pihak berkuasa dan interaksi yang melibatkan kerjasama. Justeru, kajian ini adalah satu percubaan untuk mengaplikasikan Teori Perhubungan ini dalam aktiviti pelajar di universiti dengan memberikan tumpuan pada aspek kerjasama. Untuk tujuan ini, sebuah eksperimen telah dijalankan di kalangan pelajar yang mengambil kursus (Tamadun Islam dan Tamadun Asia) TITAS dan Hubungan Etnik. Pelajar telah dibahagikan kepada tiga kumpulan eksperimen dan satu kumpulan kawalan. Setiap kumpulan eksperimen telah diberikan tugasan yang mempunyai sifat dan tahap kerjasama yang berbeza. Menurut hasil analisis ANOVA, tahap integrasi yang tinggi dan kerjasama antara pelajar yang berbilang etnik mempunyai kesan terhadap kualiti perhubungan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa sesuatu perhubungan yang berkualiti dan baik itu perlu disertai dengan empat elemen yang dicadangkan dan sebaliknya akan berlaku jika sesuatu perhubungan itu tidak disertai empat elemen tersebut.