Pemahaman tentang falsafah ibadat dan pengalaman mengajar ibadat dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam sekolah rendah

Ibadat ialah salah satu komponen penting dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah. Pelaksanaan ibadat adalah bersumberkan daripada simpulan akidah yang mantap manakala akhlak pula ialah hasil daripada pelaksanaan ibadat dan kemantapan akidah. Oleh itu, adalah penting dan menarik untuk me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Fakhruddin, Fathiyah, Alwi, Nor Hayati
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Institute of Education, International Islamic University Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64209/1/ProsidingMEDC-2.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64209/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ibadat ialah salah satu komponen penting dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah. Pelaksanaan ibadat adalah bersumberkan daripada simpulan akidah yang mantap manakala akhlak pula ialah hasil daripada pelaksanaan ibadat dan kemantapan akidah. Oleh itu, adalah penting dan menarik untuk meneliti pengajaran komponen ibadat dalam pengajaran Pendidikan Islam oleh guru-guru Pendidikan Islam sekolah rendah. Kajian ini dilakukan bagi meneliti apakah yang difahami guru tentang falsafah ibadat dan pengalaman mereka mengajar Ibadat kepada murid-murid sekolah rendah. Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan temu bual sebagai kaedah pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Ibadat difahami sebagai amalan yang berbentuk praktikal dan dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Dapatan turut menunjukkan Ibadat diajar kepada murid sekolah rendah dengan memberi tumpuan kepada penerangan secara teori dan amali (tunjuk cara) dan latihan pembiasaan. Kesimpulannya, kajian ini mengisyaratkan bahawa falsafah Ibadat difahami oleh guru-guru Pendidikan Islam sebagai satu amalan yang asas dan ringkas sesuai dengan peringkat usia murid-murid sekolah rendah. Begitu juga aspek kaedah pengajaran yang lebih menekankan teori dan amali serta latihan pembiasaan ibadat asas khasnya solat. Kajian ini menyumbang kepada penambahbaikan terhadap latihan kepada bakal guru agar dilakukan peningkatan daripada aspek pengajaran Ibadat kepada murid di sekolah rendah terutamanya berkaitan dengan falsafah Ibadat dan bagaimana untuk menterjemahkan falsafah berkenaan dalam pengajaran mereka.