Tahap penggunaan instagram dalam kalangan pelajar Di Universiti Putra Malaysia

Kajian ini memberi fokus kepada tahap penggunaan Instagram yang dalam kalangan pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) ketika melayari akaun Instagram. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menghuraikan tahap penggunaan Instagram terhadap a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Il, Norazlah Mat, Abd Rahim, Normaliza
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/63380/1/Tahap%20penggunaan%20instagram%20dalam%20kalangan%20pelajar%20Di%20Universiti%20Putra%20Malaysia.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/63380/
http://jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/09/12-Tahap-Penggunaan.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memberi fokus kepada tahap penggunaan Instagram yang dalam kalangan pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) ketika melayari akaun Instagram. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menghuraikan tahap penggunaan Instagram terhadap akaun sendiri, ruangan komen dan akaun pengguna lain dalam kalangan 100 orang pelajar dari pelbagai kaum dan tahun pengajian yang mengikuti program sarjana muda di UPM. Instrumen kajian terdiri daripada borang soal selidik yang mengandungi 15 item dan juga kaedah temu bual. Data dianalisis dengan menggunakan peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan Instagram terhadap akaun sendiri adalah tidak menggalakkan kerana kebanyakan pelajar tidak sempat mengemas kini akaun disebabkan oleh faktor kesibukan dengan kuliah. Oleh itu, mereka hanya melayari untuk melihat akaun pengguna lain dan membaca serta membalas komen-komen yang terdapat dalam akaun sendiri jika ada masa terluang dan secara tidak langsung dapat berkomunikasi dengan pengguna lain di alam maya. Kajian akan datang diharapkan akan bertumpu kepada laman sosial yang lain pula.