Kajian Beberapa Aspek Pengkuturan Kupang (Perna Viridis L.,1758) Di Perairan Sebatu, Melaka

Kajian mengenai perlekatan benih, kepadatan dan pertumbuhan kupang (Perna viridis) sepanjang tahun telah dijalankan di kawasan pengkulturan kupang Sebatu, di perairan Melaka dari bulan Januari sehingga Disember, 2003. Parameter air seperti saliniti, suhu, kandungan oksigen terlamt, ketelusan caha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohammad Ramli, Mohammad Saufi
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6264/1/FS_2005_38.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6264/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian mengenai perlekatan benih, kepadatan dan pertumbuhan kupang (Perna viridis) sepanjang tahun telah dijalankan di kawasan pengkulturan kupang Sebatu, di perairan Melaka dari bulan Januari sehingga Disember, 2003. Parameter air seperti saliniti, suhu, kandungan oksigen terlamt, ketelusan cahaya, konduktiviti dan kandungan klorofil a menunjukkan terdapat perbezaan bererti pada setiap bulan sepanjang kajian. Kajian mendapati terdapat perbezaan bererti (p<0.05) antara bahan uncang dengan jumlah benih kupang. Bahan tali guni mencatatkan kepadatan benih yang lebih tinggi iaitu 581 * 39 ind./m2, diikuti dengan penggunaan bahan nilon (294 * 22 ind./m2) dan akhir sekali ialah penggunaan bahan plastik (13 1 * 22 ind./m2).Penggunaan rekabentuk uncang 'Punjut' didapati telah mencatatkan perlekatan benih yang tertinggi berbanding uncang 'Pintal' dengan kepadatan masing-masing 1 613 * 152 ind./m2 dan 894 * 262 ind./m2 (min * SD). Kajian jumlah benih kupang bulanan adalah maksimum pada bulan Jun iaitu 14 855 * 956 ind./m2 dan minimum pada bulan Februari dengan nilai 1 363 3t 357 ind./m2. Keputusan menunjukkan terdapat dua waktu puncak pembenihan sepanjang tahun dengan min bulanan 5 394 * 691 ind./m2. Kajian menunjukkan kepadatan benih berbeza pada setiap bulan dan kedalaman (p<0.05). Julat pertumbuhan panjang kupang di Sebatu adalah antara 76.03 - 87.74 mm dalam masa 8 bulan. Kajian menunjukkan bahawa pertumbuhan kupang adalah berbeza (p<0.05) pada semua kedalaman dan bahagian tengah menunjukkan pertumbuhan yang terbaik. Analisa korelasi (Pearson) mendapati pertumbuhan kupang berkait rapat secara positif dengan kepadatan klorofil a (r = 0.626; p < 0.01) dan kandungan oksigen terlarut (r = 0.493; p < 0.01) dan perkaitan secara negatif dengan konduktiviti dengan nilai r 0.716 (p < 0.01