Ekologi Hutan Paya Bakau Air Bangis Sumatera Barat Indonesia

Suatu kajian terhadap persekitaran paya bakau, komuniti tumbuhan dan fauna, produktiviti, dan fenologi tumbuhan telah dijalankan di lima kawasan Air Bangis, Pasaman, Sumatra Barat, Indonesia. Pemerhatian dan pengumpulan data dijalankan di kawasan: Pulau Unggas, Teluk Tapang, Batang Tomak Barat,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kamal, Eni
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6258/1/FS_2005_34.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6258/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.6258
record_format eprints
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
Malay
topic Mangrove ecology - Sumatra (Indnesia) - Case studies
spellingShingle Mangrove ecology - Sumatra (Indnesia) - Case studies
Kamal, Eni
Ekologi Hutan Paya Bakau Air Bangis Sumatera Barat Indonesia
description Suatu kajian terhadap persekitaran paya bakau, komuniti tumbuhan dan fauna, produktiviti, dan fenologi tumbuhan telah dijalankan di lima kawasan Air Bangis, Pasaman, Sumatra Barat, Indonesia. Pemerhatian dan pengumpulan data dijalankan di kawasan: Pulau Unggas, Teluk Tapang, Batang Tomak Barat, Batang Tomak Timur dan Pulau Taming dari Januari 1998 hingga Disember 1999. Ciri-ciri persekitaran di hutan paya bakau pada lima kawasan di Air Bangis adalah berbeza. Hutan paya bakau tumbuh pada pelbagai substrat; loam, loam berkelodak, loam berpasir, liat dan hat berpasir dengan saliniti air 8.25 - 34.00 ppt dan pH 5.25 - 8.00, suhu udara 22.00 - 33.75'C dan kelembapan 73.00 - 96.00%. Terdapat juga kawasan mempunyai saliniti tinggi 32.23 + 1.65 ppt (julat 29.25 -34.00 ppt) suhu tinggi 30.52 + 1 .8g°C (julat 27.00 - 33.75OC) dan keadaan kering kontang, contohnya di Pulau Taming. Kawasan tersebut mempunyai kurang komuniti tumbuhan dan fauna.Hutan paya bakau di Air Bangis, dapat dibahagikan kepada tiga kategori: (I) kategori hutan paya bakau yang direntasi sungai (Batang Tomak Barat dan Batang Tomak Timur), (11) kategori hutan paya bakau yang terdapat pada pulau dan tumbuh di atas batu karang (Pulau Unggas dan Pulau Taming), dan (Ill) kategori hutan paya bakau pada kawasan teluk, tumbuh pada substrat batu karang dan pasir dan berhadapan dengan laut terbuka (Teluk Tapang). Tumbuhan yang berbeza hidup dan beradaptasi kepada kategori hutan paya bakau serta persekitarannya. Di Pulau Unggas, Batang Tomak Barat dan Batang Tomak Timur dijumpai pelbagai spesies tumbuhan paya bakau, seperti Rhizophora apiculata, R. mucronata, R. stylosa, Ceriops tagal, Bruguiera sexangula dan Xylocap~sg ranatum. Di Teluk Tapang dan Pulau Taming, R. apiculata dan R. stylosa adalah spesies dominan masing-masing. Spesies Sonneratia caseolaris, Avicennia alba dan Aegiceras corniculatum hanya dijumpai di Pulau Unggas, S. alba di Pulau Taming, S. ovata di Teluk Tapang, B. parviflora di Batang Tomak Barat dan Heritiera littoralis di Batang Tomak Timur. Taburan tumbuhan hutan paya bakau ekslusif dan bukan ekslusif berbeza mengikut kawasan. Contohnya di Pulau Unggas kumpulan ekslusif terdiri dari 11 spesies dan 6 Famili, bukan ekslusif 29 spesies dan 20 Famili. Secara keseluruhan telah direkod 40 spesies dalam 26 Famili di Pulau Unggas, 19 spesies dalam 12 Famili di Teluk Tapang, 20 spesies 16 Famili di Batang Tomak Timur, 20 spesies dalam 12 Famili di Batang Tomak Barat, dan 14 spesies dalam 11 Famili di Pulau Taming.Taburan fauna memperlihatkan adanya perbezaan mengikut kawasan. Littorina scabra adalah spesies dominan terdapat di Pulau Unggas dan Teluk Tapang. Telescopium telescopium banyak terdapat pada kawasan terbuka dan lopakan air cetek berbanding dengan kawasan tertutup, contohnya di Pulau Unggas, Batang Tomak Barat, Batang Tomak Timur. Di Pulau Taming Telescopium telescopium tidak dijumpai. Anadara granosa, Gafrarium pectinatum dan Thalassina anomala di jumpai di semua kawasan kecuali di Pulau Taming. Keadaan seperti ini berlaku kerana Pulau Taming mempunyai substrat batu karang dan persekitaran mempunyai saliniti air dan suhu yang tinggi. Taburan spesies ikan memperlihatkan perbezaan dari jumlah spesies. Spesies ikan yang direkod di Pulau Taming berbeza daripada Batang Tomak Barat dan Batang Tomak Timur. Spesies-spesies ikan yang biasa dijumpai adalah dari Famili Ariidae; Arius caelatus, A. maculates, A. macronotacanthus dan A. crossocheifus. Spesies burung seperti Egretta alba dijumpai di Pulau Unggas, Batang Tomak Barat dan Batang Tomak Timur, manakala spesies mammalia, contoh Macaca fascicularis dan reptilia contoh Varanus sp. dijumpai di Batang Tomak Barat, Batang Tomak Timur dan Teluk Tapang. Corak bulanan penghasilan sampah sarap berbeza mengikut kawasan dan spesies. Penghasilan sampah sarap pada musim hujan adalah tinggi (julat 172.83 - 510.49 g/m2/t), contohnya R. mucronata di Batang Tomak Barat menghasilkan sampah sarap sebanyak 138.44 + 6.67 g/m2 pada bulan Mei, 131.44 + 6.90 g/m2 pada bulan Jun dan 108.22 + 8.05 g/m2 pada bulan November. Komponen daun merupakan sampah sarap yang tinggi berbanding dari komponen bunga, buah, rantingldahan dan organ tumbuhan lainnya. Contohnya di Pulau Unggas, komponen daun R. apiculata menghasil kan sampah sarap sebanyak 50.1 3% daripada jumlah sampah sarap berbanding dengan bunga (5.51 %), buah (1 7.38%), dahanlranting (23.24%) dan lain-lain (3.74%). Tumbuhan paya bakau di lima kawasan kajian mempamerkan kitar perkembangan fenologi berterusan atau sepanjang tahun; berbunga, berbuah, dan menyebarkan propagul. Masa yang diperlukan oleh spesies R. apiculata mulai dari pembentukan "inflorescence" hingga pembentukan propagul matang adalah 22.06 + 0.86 bulan hingga 22.52 + 0.42 bulan, R. stylosa 21.71 + 0.91 hingga 21.86 + 0.53 bulan, R. mucronata 18.79 + 0.49 hingga 18.85 + 0.74 bulan, dan Bruguiera gymnorrizha adalah 9.50 + 0.55 bulan. Kitar perkembangan fenologi didapati berhubungkait dengan faktor-faktor persekitaran, seperti suhu udara, kelembapan udara, saliniti air, pH dan substrat
format Thesis
author Kamal, Eni
author_facet Kamal, Eni
author_sort Kamal, Eni
title Ekologi Hutan Paya Bakau Air Bangis Sumatera Barat Indonesia
title_short Ekologi Hutan Paya Bakau Air Bangis Sumatera Barat Indonesia
title_full Ekologi Hutan Paya Bakau Air Bangis Sumatera Barat Indonesia
title_fullStr Ekologi Hutan Paya Bakau Air Bangis Sumatera Barat Indonesia
title_full_unstemmed Ekologi Hutan Paya Bakau Air Bangis Sumatera Barat Indonesia
title_sort ekologi hutan paya bakau air bangis sumatera barat indonesia
publishDate 2005
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6258/1/FS_2005_34.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6258/
_version_ 1781706617977307136
spelling my.upm.eprints.62582023-10-19T01:43:43Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6258/ Ekologi Hutan Paya Bakau Air Bangis Sumatera Barat Indonesia Kamal, Eni Suatu kajian terhadap persekitaran paya bakau, komuniti tumbuhan dan fauna, produktiviti, dan fenologi tumbuhan telah dijalankan di lima kawasan Air Bangis, Pasaman, Sumatra Barat, Indonesia. Pemerhatian dan pengumpulan data dijalankan di kawasan: Pulau Unggas, Teluk Tapang, Batang Tomak Barat, Batang Tomak Timur dan Pulau Taming dari Januari 1998 hingga Disember 1999. Ciri-ciri persekitaran di hutan paya bakau pada lima kawasan di Air Bangis adalah berbeza. Hutan paya bakau tumbuh pada pelbagai substrat; loam, loam berkelodak, loam berpasir, liat dan hat berpasir dengan saliniti air 8.25 - 34.00 ppt dan pH 5.25 - 8.00, suhu udara 22.00 - 33.75'C dan kelembapan 73.00 - 96.00%. Terdapat juga kawasan mempunyai saliniti tinggi 32.23 + 1.65 ppt (julat 29.25 -34.00 ppt) suhu tinggi 30.52 + 1 .8g°C (julat 27.00 - 33.75OC) dan keadaan kering kontang, contohnya di Pulau Taming. Kawasan tersebut mempunyai kurang komuniti tumbuhan dan fauna.Hutan paya bakau di Air Bangis, dapat dibahagikan kepada tiga kategori: (I) kategori hutan paya bakau yang direntasi sungai (Batang Tomak Barat dan Batang Tomak Timur), (11) kategori hutan paya bakau yang terdapat pada pulau dan tumbuh di atas batu karang (Pulau Unggas dan Pulau Taming), dan (Ill) kategori hutan paya bakau pada kawasan teluk, tumbuh pada substrat batu karang dan pasir dan berhadapan dengan laut terbuka (Teluk Tapang). Tumbuhan yang berbeza hidup dan beradaptasi kepada kategori hutan paya bakau serta persekitarannya. Di Pulau Unggas, Batang Tomak Barat dan Batang Tomak Timur dijumpai pelbagai spesies tumbuhan paya bakau, seperti Rhizophora apiculata, R. mucronata, R. stylosa, Ceriops tagal, Bruguiera sexangula dan Xylocap~sg ranatum. Di Teluk Tapang dan Pulau Taming, R. apiculata dan R. stylosa adalah spesies dominan masing-masing. Spesies Sonneratia caseolaris, Avicennia alba dan Aegiceras corniculatum hanya dijumpai di Pulau Unggas, S. alba di Pulau Taming, S. ovata di Teluk Tapang, B. parviflora di Batang Tomak Barat dan Heritiera littoralis di Batang Tomak Timur. Taburan tumbuhan hutan paya bakau ekslusif dan bukan ekslusif berbeza mengikut kawasan. Contohnya di Pulau Unggas kumpulan ekslusif terdiri dari 11 spesies dan 6 Famili, bukan ekslusif 29 spesies dan 20 Famili. Secara keseluruhan telah direkod 40 spesies dalam 26 Famili di Pulau Unggas, 19 spesies dalam 12 Famili di Teluk Tapang, 20 spesies 16 Famili di Batang Tomak Timur, 20 spesies dalam 12 Famili di Batang Tomak Barat, dan 14 spesies dalam 11 Famili di Pulau Taming.Taburan fauna memperlihatkan adanya perbezaan mengikut kawasan. Littorina scabra adalah spesies dominan terdapat di Pulau Unggas dan Teluk Tapang. Telescopium telescopium banyak terdapat pada kawasan terbuka dan lopakan air cetek berbanding dengan kawasan tertutup, contohnya di Pulau Unggas, Batang Tomak Barat, Batang Tomak Timur. Di Pulau Taming Telescopium telescopium tidak dijumpai. Anadara granosa, Gafrarium pectinatum dan Thalassina anomala di jumpai di semua kawasan kecuali di Pulau Taming. Keadaan seperti ini berlaku kerana Pulau Taming mempunyai substrat batu karang dan persekitaran mempunyai saliniti air dan suhu yang tinggi. Taburan spesies ikan memperlihatkan perbezaan dari jumlah spesies. Spesies ikan yang direkod di Pulau Taming berbeza daripada Batang Tomak Barat dan Batang Tomak Timur. Spesies-spesies ikan yang biasa dijumpai adalah dari Famili Ariidae; Arius caelatus, A. maculates, A. macronotacanthus dan A. crossocheifus. Spesies burung seperti Egretta alba dijumpai di Pulau Unggas, Batang Tomak Barat dan Batang Tomak Timur, manakala spesies mammalia, contoh Macaca fascicularis dan reptilia contoh Varanus sp. dijumpai di Batang Tomak Barat, Batang Tomak Timur dan Teluk Tapang. Corak bulanan penghasilan sampah sarap berbeza mengikut kawasan dan spesies. Penghasilan sampah sarap pada musim hujan adalah tinggi (julat 172.83 - 510.49 g/m2/t), contohnya R. mucronata di Batang Tomak Barat menghasilkan sampah sarap sebanyak 138.44 + 6.67 g/m2 pada bulan Mei, 131.44 + 6.90 g/m2 pada bulan Jun dan 108.22 + 8.05 g/m2 pada bulan November. Komponen daun merupakan sampah sarap yang tinggi berbanding dari komponen bunga, buah, rantingldahan dan organ tumbuhan lainnya. Contohnya di Pulau Unggas, komponen daun R. apiculata menghasil kan sampah sarap sebanyak 50.1 3% daripada jumlah sampah sarap berbanding dengan bunga (5.51 %), buah (1 7.38%), dahanlranting (23.24%) dan lain-lain (3.74%). Tumbuhan paya bakau di lima kawasan kajian mempamerkan kitar perkembangan fenologi berterusan atau sepanjang tahun; berbunga, berbuah, dan menyebarkan propagul. Masa yang diperlukan oleh spesies R. apiculata mulai dari pembentukan "inflorescence" hingga pembentukan propagul matang adalah 22.06 + 0.86 bulan hingga 22.52 + 0.42 bulan, R. stylosa 21.71 + 0.91 hingga 21.86 + 0.53 bulan, R. mucronata 18.79 + 0.49 hingga 18.85 + 0.74 bulan, dan Bruguiera gymnorrizha adalah 9.50 + 0.55 bulan. Kitar perkembangan fenologi didapati berhubungkait dengan faktor-faktor persekitaran, seperti suhu udara, kelembapan udara, saliniti air, pH dan substrat 2005-06 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6258/1/FS_2005_34.pdf Kamal, Eni (2005) Ekologi Hutan Paya Bakau Air Bangis Sumatera Barat Indonesia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Mangrove ecology - Sumatra (Indnesia) - Case studies Malay
score 13.187197