Menerap unsur kelestarian dalam sektor pengangkutan darat di Malaysia

Pengangkutan lestari merujuk kepada satu sistem pengangkutan yang bukan sahaja menawarkan perkhidmatan yang berkualiti iaitu cepat, cekap dan selesa bahkan berupaya mengurangkan kesan negatif terhadap masyarakat dan alam sekitar. Kemajuan dan kelestarian dalam pengangkutan darat sangat penting kera...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahman, Haliza
Format: Article
Language:Malay
Published: Environmental Management Society Malaysia 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/62390/1/Menerap%20unsur%20kelestarian%20dalam%20sektor%20pengangkutan%20darat%20di%20Malaysia.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/62390/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengangkutan lestari merujuk kepada satu sistem pengangkutan yang bukan sahaja menawarkan perkhidmatan yang berkualiti iaitu cepat, cekap dan selesa bahkan berupaya mengurangkan kesan negatif terhadap masyarakat dan alam sekitar. Kemajuan dan kelestarian dalam pengangkutan darat sangat penting kerana ia berupaya meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat serta alam sekitar seiring dalam memenuhi aspirasi negara menjelang pencapaian Wawasan 2020. Selain itu, pelestarian sektor pengangkutan terutama pengangkutan awam yang efisyen dan lestari mampu mengurangkan gangguan daripada segi tekanan, ketidakselesaan, kerumitan, kelewatan jadual perjalanan serta kesesakan lalu lintas, Walaupun perkembangan sektor pengangkutan darat khususnya jalan raya banyak membantu manusia dalam kehidupan mereka seperti memudahkan manusia bergerak dari satu ke satu tempat, namun ia juga banyak meninggalkan implikasi negatif, antaranya kesesakan lalu lintas, kemalangan dan pencemaran udara. Justeru, perancangan, reka bentuk, pembinaan dan operasi jalan raya perlu dinilai semula daripada segi kelestariannya agar benar-benar bermanfaat dan hanya memberikan kesan minimum kepada alam sekitar dan masyarakat.