Kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi kursus pengurusan perniagaan di Kolej Vokasional
Rangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), menekankan kepada pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif agar menjadi pemangkin kepada transformasi negara. Sehubungan itu inovasi dalam bidang pengurusan perniagaan perlu diperbaharui dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
Malaysia Association of Research and Education for Educators
2017
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/62250/1/Kajian%20terhadap%20pengajaran%20dan%20pembelajaran%20berasaskan%20teknologi%20kursus%20pengurusan%20perniagaan%20di%20Kolej%20Vokasional.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/62250/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Rangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), menekankan kepada pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif agar menjadi pemangkin kepada transformasi negara. Sehubungan itu inovasi dalam bidang pengurusan perniagaan perlu diperbaharui dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan pembangunan negara abad ke-21. Perubahan yang berlaku menyebabkan proses mendidik menjadi lebih kompleks. Pensyarah di pusat pengajian tinggi merupakan ejen utama dalam pendidikan perlu lebih berinovasi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan modal insan yang kreatif dan berinovatif bagi mencapai hasrat negara. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara tahap inovasi dengan amalan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi dalam kalangan pensyarah Pengurusan Perniagaan di Kolej Vokasional di Malaysia. Pengumpulan data secara soal selidik melibatkan 198 pelajar yang memberi kenyataan terhadap penyarah mereka yang mengajar kursus Pengurusan Perniagaan. Perisian Statistical Package for Sosial Science Version 24.0 for Windows (SPSS) digunakan untuk menganalisis data dan Analisis Korelasi Persorn-Product Moment digunakan untuk mengukur hubungan antara pembolehubah yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan tahap inovasi pensyarah Kolej Vokasional dalam pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap tinggi (min= 3.88, sisihan piawai= .48) dan amalan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi pensyarah Kolej Vokasional juga berada pada tahap tinggi (min = 4.00, sisihan piawai = .33). Manakala hubungan positif yang rendah antara amalan pembelajaran berasaskan teknologi dengan tahap inovasi pensyarah Pengurusan Perniagaan Kolej Vokasional di Malaysia. |
---|