Elemen pembinaan akhlak Al-Imam al-Ghazali menerusi karya klasik Kalilah wa Dimnah

Situasi pergolakan yang melanda kerajaan Abbasiyyah telah mendorong Abdullah Ibnual-Muqaffa menggerakkan usaha menterjemah kitab Kalilah Wa Dimnahdari bahasa Parsi ke dalam bahasa Arab. Usaha tersebut bertujuan mengembalikan kesedaran para pemimpin serta masyarakat Abbasiyyah dengan menjadikan kitab...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Marzuki, Raihan, Hajimaming @ Toklubok, Pabiyah
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Sultan Zainal Abidin 2017
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/61702/1/Elemen%20pembinaan%20akhlak%20Al-Imam%20al-Ghazali%20menerusi%20karya%20klasik%20Kalilah%20wa%20Dimnah.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/61702/
https://journal.unisza.edu.my/mjis/index.php/mjis/article/view/14
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Situasi pergolakan yang melanda kerajaan Abbasiyyah telah mendorong Abdullah Ibnual-Muqaffa menggerakkan usaha menterjemah kitab Kalilah Wa Dimnahdari bahasa Parsi ke dalam bahasa Arab. Usaha tersebut bertujuan mengembalikan kesedaran para pemimpin serta masyarakat Abbasiyyah dengan menjadikan kitab Kalilah Wa Dimnah sebagai ‘medium’ mendidik dan menyalurkan nilai murni. Kitab Kalilah Wa Dimnah merupakan karya klasik arab yang terkenal dan memiliki pengaruh besar dalam sejarah kesusasteraan Islam. Kemunculannya telah memacu gaya penulisan prosa Arab menggunakan dialog dan watak haiwan sebagai latar dengan tujuan memperbaiki dan membina akhlak manusia. Keistimewaan ini menjadikan kitab Kalilah Wa Dimnah memiliki nilai peradaban yang tinggi dan tarikan yang tersendiri. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji aspek nilai murni yang terdapat dalam kitab Kalilah Wa Dimnah berdasarkan elemen pembinaan akhlak yang diperkenalkan oleh Al-Imam Al-Ghazali r.a. Metode analisis data melibatkan analisis kandungan teks digunakan bagi mendapatkan kesimpulan terperinci tentang pecahan nilai murni yang terkandung di dalam setiap gagasan pemikiran yang cuba diketengahkan. Pelbagai aspek nilai murni dikenalpasti dan diklasifikasi bersandarkan empat elemen penting iaitu al-Hikmah (kebijaksanaan) al-Syaja’ah (keberanian), al-‘Iffah (kesucian) dan al-‘Adlu (keadilan). Matlamat akhir pendekatan al-Imam al-Ghazali r.a. dijadikan rujukan untuk menunjukkan manfaat kitab Kalilah Wa Dimnah khususnya dalam mendidik jiwa menerusi penerapan nilai murni yang menjadi tunjang pembentukan akhlak manusia sejagat. Di samping mengetengahkan keupayaan prosa Arab berbentuk kisah(al-Qissah) sebagai medium penting dalam pembentukan akhlak, ia bagi memastikan kelangsungan mesej yang dibawa dapat diterjemah dengan jelas untuk kefahaman dan manfaat pembaca. Katakunci: Kalilah Wa Dimnah; Abdullah Ibnu al-Muqaffa; Al-Imam al-Ghazali