Keperluan kompetensi pengetahuan rekaan fesyen pakaian untuk menceburkan diri dalam industri fesyen

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keperluan kompetensi Rekaan Fesyen Pakaian (RFP) agar graduan dapat menempatkan diri dalam industri fesyen. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual kumpulan berfokus ke atas dua kumpulan tenaga pengajar seramai 16 orang. Kesemua responden mengajar dal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kamis, Arasinah, Bakar, Ab. Rahim, Hamzah, Ramlah, Asimiran, Soaib
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2012
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60547/1/127.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60547/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau keperluan kompetensi Rekaan Fesyen Pakaian (RFP) agar graduan dapat menempatkan diri dalam industri fesyen. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual kumpulan berfokus ke atas dua kumpulan tenaga pengajar seramai 16 orang. Kesemua responden mengajar dalam bidang RFP di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILK) di Malaysia. Majoriti responden berpendapat kompetensi yang paling penting adalah pengetahuan perdagangan, pengetahuan rekaan dan pengetahuan penilaian tekstil. Responden juga mengemukakan perubahan program yang sering berlaku menghalang mereka untuk mengaplikasikan sebahagian kompetensi yang sangat diperlukan dalam bidang fesyen. Kebanyakan kompetensi pengetahuan ini diaplikasikan secara tidak formal semasa pengajaran dan pembelajaran bergantung pada kesesuaian masa mereka. Justeru itu, sewajarnya pihak yang terlibat dalam penggubal dasar mahupun pembentukan kurikulum perlulah menjalankan kajian menyeluruh ke atas sesuatu program yang telah dijalankan sebelum membuat sebarang perubahan. Ini bertujuan agar dapat meninjau dan mengenal pasti permasalahan yang berlaku sepanjang pelaksanaan sesuatu program. Dengan harapan akan dapat menghasilkan graduan Technical Vocational Education Training (TVET) yang berkualiti, mempunyai nilai keboleh pasaran, seiring dengan perubahan teknologi dan boleh menjadi usahawan yang berjaya. Di mana mereka ini yang mana akan menjadi tulang belakang kepada pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi negara.