Persepsi terhadap gaya kepimpinan jurulatih yang digemari dengan gaya kepimpinan sebenar dalam kalangan pemain bola sepak bawah 18 tahun, Alor Gajah, Melaka

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi atlet terhadap gaya kepimpinan jurulatih bola sepak sekolah yang digemari dan gaya kepimpinan sebenar. Kajian ini melibatkan semua pemain, iaitu seramai 190 pemain bola sepak pasukan sekolah yang berumur di bawah 18 tahun yang telah menyertai Pertan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Govindan, G. Jaya Kumaran
Format: Thesis
Language:English
Published: 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60414/1/FPP%202010%2038IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60414/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi atlet terhadap gaya kepimpinan jurulatih bola sepak sekolah yang digemari dan gaya kepimpinan sebenar. Kajian ini melibatkan semua pemain, iaitu seramai 190 pemain bola sepak pasukan sekolah yang berumur di bawah 18 tahun yang telah menyertai Pertandingan Bola Sepak Antara Zon Peringkat Daerah Alor Gajah 2014. Instrumen Leadership Scale for Sports (LSS) oleh Chelladurai & Saleh (1980) dalam bentuk soal selidik telah digunakan untuk menggumpul data. Soal selidik ini terdiri daripada 40 item yang telah diedarkan kepada pemain bola sepak. Data telah dianalisis secara kuantitatif dan diperihalkan dalam bentuk peratusan, min, sisihan piawai, ujian-t dan ANOVA. Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya kepimpinan yang paling digemari oleh atlet ialah tingkah laku latihan dan arahan (min=3.29), dan tingkah laku demokratik (min=3.20) manakala, dimensi tingkah laku autokratik adalah gaya kepimpinan yang paling tidak digemari (min=2.97). Gaya kepimpinan sebenar jurulatih ialah tingkah laku latihan dan arahan (min=4.49), diikuti dengan tingkah laku demokratik, maklum balas positif, sokongan sosial, dan tingkah laku autokratik. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam semua dimensi tingkahlaku jurulatih yang digemari dan sebenar kecuali tingkah laku autokratik. Seterusnya Ujian ANOVA perbandingan tingkah laku jurulatih yang digemari oleh atlet mengikut posisi pemain bahagian pertahanan, tengah dan serangan, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam semua dimensi. Bagi perbandingan tingkah laku sebenar jurulatih mengikut posisi pemain, ujian ANOVA juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan untuk semua dimensi.