Kesan kemahiran regulasi dalam pembelajaran teks Cina

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dimulakan pada tahun 2011. Pelaksanaan ini memberi penekanan utama kepada kemahiran menaakul iaitu keupayaan seseorang membuat pertimbangan atau penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengaplikasik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Loh, Chee Hou, Ang, Lay Hoon
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60298/1/44-25.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60298/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dimulakan pada tahun 2011. Pelaksanaan ini memberi penekanan utama kepada kemahiran menaakul iaitu keupayaan seseorang membuat pertimbangan atau penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengaplikasikan pendekatan pengajaran baru, terutamanya Kemahiran Berfikir Asas Tinggi (KBAT) dan program I-Think dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekolah. Pendekatan tersebut bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di samping melahirkan modal insan yang boleh memperoleh pencapaian tinggi dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran. Dengan kata lain, mereka mempunyai keupayaan untuk menangani masalah yang ditemui tanpa bergantung kepada orang lain. Maka, kajian ini dibuat untuk mengkaji bagaimana refleksi pelajar dapat membantu dalam pembelajaran teks Bahasa Cina. Soal selidik yang melibatkan seramai 195 orang murid sebagai responden telah dijalankan di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina. Data dianalisis secara deskriptif melalui Statistic Packages for Social Science (SPSS). Hasil kajian menunjukkan bahawa murid mencapai tahap kemahiran regulasi yang sederhana (min = 3.62). Dengan adanya kemahiran regulasi, pelajar dijangka akan memperolehi keputusan yang baik semasa penilaian atau peperiksaan dijalankan. Ini menjelaskan bahawa kemahiran regulasi adalah penting kepada individu yang seperti mana telah disokong oleh laporan-laporan kajian lepas. Oleh itu, pelajar dinasihati supaya lebih banyak mengadaptasikan kemahiran regulasi dalam pembelajaran akademik bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam pembelajaran teks bahasa Cina.