Bahasa tabu dalam wacana Nabawi dan penghayatannya dalam masyarakat Melayu masa kini

Tabu dalam bahasa ialah sesuatu yang dilarang, pantang larang atau yang ditegah daripada dipercakapkan. Tabu merupakan suatu strategi kesantunan yang melibatkan aspek kebahasaan supaya ciri-ciri akhlak, adab, kesopanan dan adat yang dijunjung dalam masyarakat dapat dipatuhi bersama oleh setiap anggo...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Sulong, Wan Muhammad, Mohamad, Ab Halim, Ismail, Muhd Zulkifli, Abdul Aziz, Adi Yasran
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60282/1/44-19.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60282/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tabu dalam bahasa ialah sesuatu yang dilarang, pantang larang atau yang ditegah daripada dipercakapkan. Tabu merupakan suatu strategi kesantunan yang melibatkan aspek kebahasaan supaya ciri-ciri akhlak, adab, kesopanan dan adat yang dijunjung dalam masyarakat dapat dipatuhi bersama oleh setiap anggota masyarakat. Kajian ini bertujuan mengenalpasti unsur-unsur tabu dalam bahasa yang digunakan oleh masyarakat Islam pada zaman Rasulullah SAW melalui analisis terhadap teks wacana Nabawi terpilih. Wacana Nabawi mengikut kajian ini teks-teks percakapan yang berlaku antara Nabi Muhammad SAW dengan para sahabat Baginda SAW yang berlaku pada zaman awal Islam. Analisis teks-teks tersebut dilakukan dengan menggunakan pendekatan Model Grid SPEAKING dalam Teori Etnografi Komunikasi yang diperkenalkan oleh Dell Hymes (1986) terutamanya yang melibatkan analisis konteks situasi dan budaya. Hasil analisis akan merungkai unsur tabu yang terdapat dalam peristiwa percakapan anggota masyarakat pada zaman tersebut dan latar budaya dan situasi yang mendasari penggunaannya. Berdasarkan dapatan kajian dikemukakan cadangan konsep tabu masyarakat Islam Nabawi yang perlu dihayati oleh masyarakat Melayu masa kini. Selaras dengan kedudukan Wacana Nabawi yang merupakan rujukan kedua terpenting selepas al-Quran al-Karim bagi umat Islam, dapatan kajian dapat menjadi panduan kepada masyarakat Melayu masa kini dalam membudayakan nilai-nilai kesantunan dan kesopanan akhlak sebagaimana yang ditunjukkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.