Analisis kesalahan penggunaan kata sendi nama "ni" dan "de" bahasa Jepun dalam kalangan pelajar sekolah menengah

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk menganalisis kesalahan penggunaan kata sendi nama “de” dan “ni” bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Jepun di sekolah menengah. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti dapatan kajian untuk panduan kepada guru bahasa Jepu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Zin, Zaid, Wasik, Mohd Salleh
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60270/1/44-16.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60270/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk menganalisis kesalahan penggunaan kata sendi nama “de” dan “ni” bahasa Jepun dalam kalangan pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Jepun di sekolah menengah. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti dapatan kajian untuk panduan kepada guru bahasa Jepun bagi merancang sesuatu untuk menangani masalah dalam penguasaan kata sendi nama ini. Sebanyak 40 buah latihan kata sendi nama pelajar digunakan sebagai sampel kajian dan penyelidik juga menjalankan soal selidik terhadap 100 orang pelajar bahasa Jepun bagi mendapatkan data tambahan berkenaan kesalahan penggunaan kata sendi nama “de” dan “ni”. Pengumpulan data dimulakan dengan merekodkan jenis-jenis kesilapan kata sendi nama pada latihan pelajar seterusnya menganalisis soal selidik yang dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar mempunyai masalah dalam penggunaan kata sendi nama “de” dan “ni” iaitu mudah silap dan keliru dalam penggunaan kata sendi nama tersebut. Berdasarkan dapatan kajian ini, amatlah penting bagi guru bahasa Jepun untuk membuat perancangan sewajarnya dalam meningkatkan aspek pembelajaran pelajar dan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi penguasaan kata sendi nama bahasa Jepun.