Hubungan tahap penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran dengan pencapaian akademik murid SABK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi murid terhadap penglibatan ibu bapa dalam membantu pembelajaran mereka di rumah dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Kajian ini dijalankan di lima buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di empat daerah Negeri Sembilan. Teknik persampelan r...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mahamud, Irma Yanti, Che Hassan, Norlizah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60197/1/53-43.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60197/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi murid terhadap penglibatan ibu bapa dalam membantu pembelajaran mereka di rumah dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Kajian ini dijalankan di lima buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di empat daerah Negeri Sembilan. Teknik persampelan rawak berkelompok telah digunakan untuk mengenalpasti 227 responden yang terdiri daripada murid Tingkatan Empat. Instrumen kajian yang digunakan berupa adaptasi dan diubahsuai daripada Kajian Keberkesanan Buku Sarana Ibu Bapa terhadap Pembelajaran Murid dan Indeks Persepsi Murid terhadap Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) 2013. Darjah kebolehpercayaan (Cronbach Apha) bagi keseluruhan instrumen yang digunakan adalah .942. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalis frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhannya tahap penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah menunjukkan tahap yang tinggi (M=3.86, SP=0.62). Namun demikian, bagi komponen komunikasi anak dengan ibu bapa (M=3.52, SP=0.80) dan sokongan ibu bapa terhadap kecemerlangan anak (M=3.64, SP=0.76) menunjukkan tahap yang sederhana. Analisis korelasi pula menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik murid ( r=0.058, p=0.386).