Perilaku individualism terhadap amalan penghakiman dan membuat keputusan dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di daerah Seremban, Negeri Sembilan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perilaku individualism dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah, membandingkan perbezaan dalam amalan penghakiman dan membuat keputusan antara jantina, membandingkan perbezaan dalam amalan penghakiman dan membuat keputusan antara pelajar berb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Anuar, Nor Azlin, Liow, Choy Yoke, Ma'rof, Aini Marina
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60183/1/53-33.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60183/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perilaku individualism dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah, membandingkan perbezaan dalam amalan penghakiman dan membuat keputusan antara jantina, membandingkan perbezaan dalam amalan penghakiman dan membuat keputusan antara pelajar berbangsa Melayu dan Cina, membandingkan perbezaan dalam amalan penghakiman dan membuat keputusan antara pelajar sekolah rendah dan menengah dan mengkaji perkaitan perilaku individualism terhadap amalan penghakiman dan membuat keputusan dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah tersebut. Kajian ini telah dijalankan di dua buah sekolah daerah Seremban, Negeri Sembilan yang hanya melibatkan responden seramai 60 orang iaitu 30 orang pelajar yang berumur 9 dan 19 tahun sahaja. Metodologi kajian yang digunakan adalah kaedah deskriptif-korelasi. Oleh itu, borang soal selidik telah diedarkan kepada semua responden. Dapatan kajian menyatakan terdapat perkaitan perilaku individualism terhadap amalan penghakiman dan membuat keputusan.