Perkembangan kepemimpinan distributif dan kajian terhadap kepemimpinan distributif

Kertas konsep ini membincangkan perkembangan kepemimpinan distributif mengikut peringkat idea atau gagasan, konsep, model dan teori yang dikemukakan oleh para skolar. Di samping itu, kertas ini juga merumuskan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh para skolar atau pengkaji di luar dan dalam negara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Chong, Chung Poh, Lope Pihie, Zaidatol Akmaliah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60158/1/53-18.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60158/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas konsep ini membincangkan perkembangan kepemimpinan distributif mengikut peringkat idea atau gagasan, konsep, model dan teori yang dikemukakan oleh para skolar. Di samping itu, kertas ini juga merumuskan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh para skolar atau pengkaji di luar dan dalam negara. Kepemimpinan distributif telah dibincangkan dalam Seminar Kepemimpinan Pendidikan di IAB (Institut Aminudin Baki) sejak tahun 2009. Sejak dari itu, kepemimpinan distributif telah menjadi salah satu jenis kepemimpinan yang disarankan oleh KPM. Ini membuktikan KPM telah mengetahui keperluan mengadakan perubahan dalam kepemimpinan pendidikan untuk memperkasakan dan melestarikan kepemimpinan instruksional pengetua atau guru besar. Pelbagai kajian eksploratori, komtemporari, longitudinal dan empirikal telah dijalankan di luar dan dalam negara. Kajian-kajian ini telah dijalankan dengan kaedah kuantitatif, kualitatatif atau gabungan kedua-dua kaedah kajian. Kebanyakan hasil kajian menunjukkan bahawa kepemimpinan distributif mempunyai hubungan dan memberi kesan positif terhadap pencapaian pelajar, budaya sekolah, pembangunan profesionalisme, amalan kepemimpinan serta mewujudkan keadaan saling mempercayai dan kondusif dalam kalangan warga sekolah. Perbincangan dan penyelidikan di Malaysia semakin diberi tumpuan oleh pengkaji apabila KPM melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Ini kerana gaya kepemimpinan distributif telah ditekankan khasnya dalam anjakan kelima yang menyatakan keperluan kepemimpinan distributif diamalkan oleh semua pemimpin di sekolah agar dapat membawa kecemerlangan keapda organisasi sekolah.