Hubungan antara kepimpinan instruksional pengetua dengan komitmen untuk perubahan guru sebagai mediator dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah

Dengan perkembangan perubahan pendidikan yang berlaku seperti sistem PBS, adalah amat penting bagi pemimpin instruksional di dalam organisasi sekolah untuk mewujudkan aspek komitmen untuk perubahan dan kesediaan terhadap perubahan di kalangan guru supaya perubahan yang dilaksanakan dapat dijalankan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Aziz, Nor Azni
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59763/1/FPP201527UPMIR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59763/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dengan perkembangan perubahan pendidikan yang berlaku seperti sistem PBS, adalah amat penting bagi pemimpin instruksional di dalam organisasi sekolah untuk mewujudkan aspek komitmen untuk perubahan dan kesediaan terhadap perubahan di kalangan guru supaya perubahan yang dilaksanakan dapat dijalankan dengan berkesan. Namun, terdapat kekurangan bukti empirikal yang mengkaji hubungan antara pemboleh ubah tersebut khususnya dalam konteks Malaysia. Malah dapatan berdasarkan kajian maklum balas awal berkaitan pelaksanaan sistem PBS mendapati guru-guru juga masih belum bersedia melaksanakan perubahan tersebut kerana belum memahami dan menguasai proses pelaksanaan sistem PBS sepenuhnya. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan kepimpinan instruksional pengetua ke atas komitmen (afektif, normatif dan berterusan) untuk perubahan guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti peranan mediator iaitu kesediaan terhadap perubahan guru dalam melaksanakan PBS. Responden kajian terdiri daripada 402 orang guru yang diperoleh melalui persampelan rawak kelompok. Dapatan kajian mendapati tahap kepimpinan instruksional pengetua, komitmen afektif untuk perubahan guru, komitmen normatif untuk perubahan guru dan kesediaan terhadap perubahan guru adalah berada pada tahap yang tinggi dalam melaksanakan PBS. Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap komitmen berterusan untuk perubahan guru adalah pada tahap yang rendah bagi melaksanakan PBS. Hasil analisis SEM dalam kajian ini mendapati bahawa berdasarkan nilai goodness of fit, model kajian yang dibentuk adalah fit dengan X2 (223) = 490.987; p < 0.05; GFI = 0.90; CFI = 0.93; TLI = 0.93 dan RMSEA = 0.05. Dapatan ujian SEM menunjukkan terdapat kesan positif yang signifikan antara kepimpinan instruksional pengetua dengan komitmen afektif untuk perubahan guru, komitmen normatif untuk perubahan guru dan kesediaan terhadap perubahan guru. Manakala kepimpinan instruksional pengetua didapati mempunyai kesan negatif yang signifikan terhadap komitmen berterusan untuk perubahan guru. Hasil analisis mediator mendapati kesediaan terhadap perubahan guru berperanan sebagai mediator separa dalam hubungan antara kepimpinan instruksional pengetua dengan komitmen (afektif, normatif dan berterusan) untuk perubahan guru dalam pelaksanaan PBS. Dari segi varian yang disumbangkan oleh konstruk kepimpinan instruksional pengetua dan kesediaan terhadap perubahan guru, didapati sumbangan terhadap komitmen afektif untuk perubahan guru adalah sebanyak 23%, komitmen normatif untuk perubahan guru sebanyak 43% dan komitmen berterusan untuk perubahan guru sebanyak 13%. Dapatan kajian ini mengukuhkan pemahaman tentang pentingnya peranan kepimpinan instruksional pengetua dan kesediaan terhadap perubahan guru sebagai mediator separa yang didapati boleh mempengaruhi tahap komitmen (afektif, normatif dan berterusan) untuk perubahan guru dalam melaksanakan PBS yang dapat menentukan kejayaan dan prestasi akademik sekolah. Instrumen kajian yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi berasaskan kepada teori dan model kajian boleh diaplikasikan oleh pengkaji pada masa akan datang juga merupakan sumbangan kepada bidang penyelidikan pendidikan. Bagi memastikan perubahan pendidikan seperti PBS berjaya memenuhi sasaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memastikan penyebaran maklumat perubahan dilaksanakan dengan meluas melalui kepimpinan instruksional pengetua di sekolah selain menyediakan program dan latihan kemahiran yang bersesuaian bagi pengetua dan guru bagi melaksanakan perubahan PBS.