Pembangunan kepemimpinan berkesan dalam kalangan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung
Bagaimanakah pembangunan kepemimpinan JKKK berkesan dan apakah ciri-ciri kepimpinan JKKK berkesan? Kajian ini merupakan satu penyelidikan kualitatif yang meneroka pengalaman seramai sembilan orang pengerusi JKKK di kampung penerima Anugerah Ilham Desa (AID). Meneroka pengalaman pembangunan pemimpin...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59653/1/FPP%202014%2058IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/59653/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Bagaimanakah pembangunan kepemimpinan JKKK berkesan dan apakah ciri-ciri kepimpinan JKKK berkesan? Kajian ini merupakan satu penyelidikan kualitatif yang meneroka pengalaman seramai sembilan orang pengerusi JKKK di kampung penerima Anugerah Ilham Desa (AID). Meneroka pengalaman pembangunan pemimpin JKKK terpilih, kepemimpinan JKKK berkesan dihuraikan melalui teori kepemimpinan, teori pembangunan pemimpin, teori pembelajaran dewasa dan teori pembelajaran berasas pengalaman. Dalam konteks kajian ini, kepemimpinan JKKK berkesan penting kepada pembangunan masyarakat di peringkat kampung, di mana pemimpin memainkan peranan yang kritikal sebagai penghubung di antara masyarakat dengan kerajaan, mengurus pentadbiran dan pembangunan di peringkat kampung serta menjadi agen pembangunan yang penting. Data dikumpul melalui temu bual, pemerhatian dan kajian dokumen. Data direkod, dikod, dan dianalisis secara verbatim. Perisian ATLAS.ti digunakan untuk membantu di dalam proses pengurusan data. Analisis data daripada penerokaan terhadap pengalaman pembangunan kepimpinan JKKK telah menemukan ciri-ciri penting pembangunan, kepentingan, cabaran, tingkah laku, sifat, dan kompetensi kepimpinan isu serta cadangan bagi memperkasakan pembangunan pemimpin JKKK dan institusi JKKK di masa hadapan. Pembangunan kepimpinan JKKK lebih bersifat informal melalui pengalaman Pengalaman yang telah dilalui membentuk pelbagai kemahiran sebagai pemimpin JKKK yang merangkumi kemahiran intrapersonal, interpersonal, kemahiran pengurusan dan pentadbiran. Pembelajaran pemimpin ialah melalui refleksi terhadap peranan dan tugas, pemerhatian role-model dan adaptasi terhadap cabaran yang dihadapi. Sifat pemimpin ialah berwawasan, berpengetahuan, bertanggungjawab, adil, bersifat terbuka, berkorban masa, tenaga dan wang ringgit, dan berbentuk sukarela serta mewujudkan jaringan untuk mendapatkan sumber. Kompetensi pemimpin JKKK pula dikategorikan kepada empat iaitu kemahiran kepimpinan (meletakkan matlamat, bijak dan kreatif mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sosial), kemahiran interpersonal (membina kerjasama, memupuk kepercayaan dan menjaga hubungan), kemahiran kognitif (kemahiran membuat persembahan dan menulis kertas kerja) dan kemahiran pengurusan dan pentadbiran (kemahiran mencari dana, kemahiran keusahawanan dan mendelegasikan peranan). Tingkah laku kepimpinan yang ditunjukkan ialah kesediaan untuk berkhidmat, tingkah laku membuat keputusan secara bermusyawarah dan melakukan pembahagian tugas dan tingkah laku meletakkan matlamat dan visi untuk pembangunan kampong. Kajian boleh dijadikan asas untuk memperkasakan pembangunan kepemimpinan JKKK di masa hadapan. |
---|